Saturday, May 22, 2010
Emil
Hari ni merupakan birthday anak saudaraku, Emil yg kelapan. Dah besar dah anak saudara aku ni. Teringat lagi ketika mula2 aku dan mama dapat tahu Kak Eeja mengandung dulu. Rasa mcm nak melompat sebab terlalu seronok nak dapat anak saudara. Aku ni memang sgt sukakan budak2, dulu semasa aku kecil, aku selalu minta mama lahirkan seorg adik untukku. Semasa adikku Ayush kecil pun, aku lah yg sering melayan dan bermain dgn dia (tp bila kena basuh berak mmg aku surrenderlah). Sebelum arwah Ba meninggal, aku selalu berharap agar suatu hari nanti mamaku akan bersalin dan aku akan dapat seorg adik dan lagi best kalau adik perempuan. Kalau ada org yg bertandang ke rumahku dan membawa budak kecil, akulah yg paling happy sbb dpt bermain dgn budak tu sehinggakan aku akan berasa sedih bila dia nak balik dan tinggalkan aku.
Kehadiran Muhammad Emil Shafiq Bin Ahmad Fairish di dalam hidup kami sekeluarga bagaikan mengakhiri penantian dan impian aku. Pada hari kelima kelahirannya, aku telah melawatnya dan Kak Eeja di KL. Kerana terlalu seronok, aku ambil cuti selama 3 hari, dicampur dengan mc dan sebagainya, aku dapat menghabiskan masa selama seminggu untuk bersama dgnnya. Aku menyayangi Emil seperti aku sayangkan anak aku sendiri. Dia mmg tersgt comel. Ketika dia berusia 5 bulan, aku dan mama berpeluang menjaganya di Parit Buntar selama seminggu kerana Ayish dan Kak Eeja ada urusan yg tdk dapat dielakkan di KL. Ketika itu aku rasakan bagai bulan jatuh ke riba. Emil kutatang bagaikan minyak yg penuh dan aku rasakan seminggu itu adalah antara saat paling indah dalam hidupku.
Sekarang Emil dah besar, dah darjah 2 pun. Walaupun aku sudah mempunyai anak2ku sendiri, Emil tetap kukasihi dan sayangi seperti dulu. Wildan dan Wafriy pun cukup sayang dan rapat dgn Abang Emil mereka. Emil merupakan idola dan mentor mereka especially dalam bab2 berkaitan Ultraman, Power Rangers dan Ben 10. Dulu2 kalau berjumpa, Wildan mmg akan geng dgn Emil utk main lawan2, Wafriy cuma akan memerhati sbb dia kecil lagi. Tetapi sekrg Wafriy pun dah pandai main lawan2, kalau berjumpa nanti mesti riuh rendah dgn gelagat mereka bertiga. Apatah lagi kalau seorg lagi anak saudaraku, Dhani pun dah boleh join sekali nanti.
Untuk Emil sayang, Happy Birthday to you Darling. Kami semua sayang dan rindukan Emil. Sorry tak dapat pergi birthday party yg bertemakan Iron Man tu ptg ni. Nanti upload gambar2 tu kat Facebook ya, teringin nak tgk rupa Emil jadi Iron Man dan potong kek Iron Man. Be a good boy, ok. Cici will always love you.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?