Saturday, May 15, 2010

Diet ke mcm ni?






Dah lama aku teringin nak makan keropok lekor yg original drp Terengganu atau Kelantan. Keropok lekor yg dijual kat sini tak sesedap yg dijual disana sbb kurang rasa ikan dan juga berbau. Kebetulan salah seorg kawan aku balik ke Kelantan minggu lepas, aku pun berkesempatan mengirim keropok lekor yg aku idam-idamkan itu.
Masalahnya bila aku nak makan keropok ni? Aku kan kononnya tgh diet. Fikir punya fikir, aku dapat idea utk menjadikan keropok lekor tu sbg lunch aku, maksudnya aku tak payah makan nasi tp cuma makan keropok lekor tu sbg ganti. Orait juga tu, bolehlah aku makan keropok lekor tu sepuas hati tanpa rasa bersalah.
So, hari ni aku cuma memasak nasi dan lauk utk husband, Wafriy dan juga bapa mertuaku yg ada di rumah kami. Menu hari ni ialah kari ikan bawal hitam, daging masak merah (yg ni mama aku yg masakkan 2 hari lepas dan aku cuma reheat saja dari freezer), ikan goreng dan sayur goreng campur. Untuk Wildan seperti biasalah, sepiring besar french fries dan untukku cukuplah sekadar keropok lekor bersama sosnya. Aku mmg makan dgn bersungguh hati, sedap rasanya walaupun sebenarnya aku lebih sukakan keropok lekor Terengganu yg panjang dan kurus tu. Yg bestnya aku makan keropok tu punyalah banyak, rasanya tahap kekenyangan aku melebihi dari makan 2 pinggan nasi. Kalau mcm ni mmg bukan dietlah namanya kan. Keropok tu dahlah bergoreng, makanan yg berminyak ni kan tak elok utk org yg nak diet. Kalau aku cuma makan 3 atau 4 pieces mungkin takpa, ni aku rasa kat 15 pieces aku makan hinggakan selepas solat zohor tu aku rasa tak leh nak angkat mata dah, ngantuk sangat2.
So nampaknya dietku tak menjadi lagilah nampaknya kali ni. Esok nak gi kenduri doa selamat kat Penang pula, sepupu husbandku nak gi further study kat Scotland. Aku ni selalu kalah dgn nasi kenduri. Hmm.... bila nak turun berat badan aku ni?

No comments:

Post a Comment

What say you?