Saturday, May 8, 2010

Tempat jatuh lagikan dikenang........





Agenda percutian kami diteruskan dgn pulang ke kampungku di Parit Buntar. Rasanya dah hampir 5 bulan aku tidak pulang ke sini. Semenjak mama tinggal bersamaku utk menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Kepala Batas, rumah ini terbiar sepi. Ada juga cadangan dari Ayish dan Ayush utk menjualkan saja rumah ini memandangkan mama lebih banyak menghabiskan masa di rumah anak2 sekarang tetapi aku sama sekali tidak bersetuju. Bagiku rumah ini terlalu istimewa. Ini ialah lambang pengorbanan mama dan arwah Ba, lambang kasih sayang mama dan arwah ba kepada anak-anaknya. Biarpun rumah ini hanyalah rumah teres biasa tetapi kenangan yg ada tak ternilai harganya.
Kami mula berpindah ke rumah ini pd tahun 1990, setahun selepas kematian arwah Ba. Rumah ini dibeli oleh arwah Ba beberapa tahun sebelumnya namun kami tidak dpt berpindah krn masalah kekekurangan duit. Kesian arwah Ba, dia sendiri tidak dapat merasa tinggal di rumah sendiri. Dahulunya di hadapan rumah ini ada sepohon pokok mempelam India yg sgt lebat, tebal dan sedap isinya. Aku tahu arwah Ba menanam pokok itu keranaku, dia tahu aku dahulunya cukup suka makan buah mempelam dan aku sendiri pernah berpesan padanya utk menanam pokok mempelam di rumah baru nanti. Pokok mempelam itu pernah menjadi sumber rezeki tambahan utk kami apabila seorg peniaga cina membeli buah mempelam itu dgn harga yg agak lumayan utk dijual di kedainya. Namun kerana faktor keselamatan rumah, akhirnya pokok mempelam itu terpaksa di tebang pada tahun 2000.
Banyak lagi kenangan yg ada di rumah ini. Di sinilah aku menghabiskan masa remajaku, dibesarkan oleh seorg ibu tunggal yg tabah (mamaku) bersama abang dan adikku. Kami bahagia seadanya di sebalik dugaan dan masalah yg ada. Adakalanya kami bergelak, bergurau dan adakalanya kami bergaduh, biasalah adat adik-beradik. Tahun demi tahun, seorang demi seorang meninggalkan rumah ini demi menyambung perjuangan hidup, bermula dari Ayish, aku dan akhirnya Ayush. Namun di sinilah tempat kami berkumpul semula ketika cuti, raya, kenduri dan sebagainya. Mana mungkin aku biarkan rumah ini dijual kerana aku terlalu sayangkan rumah ini dan juga kenangan yg ada di dalamnya.
Selama 3 hari aku sekeluarga bercuti di kampungku ini, aku meneliti setiap inci rumah ini. Setiap tempat ada kenangannya tersendiri. Di hujung ruang tamu tempat aku selalu baring dan menonton TV bersama mama semasa aku menjadi penganggur terhormat dulu. Hampir semua rancangan TV aku ikuti kerana terlalu bosan. Melihat ruangan dapur, teringat kenanganku belajar dan mengasah skill memasakku. Pada hujung minggu memang menjadi tugasanku utk memasak pada keluarga kerana mama perlu mengajar tuition di merata tempat bagi mencari rezeki utk kami. Sewaktu bercuti dari UKM dan selama tempoh aku menganggur, setiap hari aku yg memasak di dapur ini. Alhamdulillah, aku kini boleh berbangga dgn kebolehan memasakku biarpun mungkin bagi orang lain tidak sehebat mana, dan dapur inilah 'bilik kuliah'ku.
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat aku dibesarkan. Berkali2 aku memberitahu wildan dan wafriy, " ni lah rumah ibu". Aku juga sempat melihat album2 lama. Sayu rasa hati setiap kali memberitahu wildan dan wafriy " ni arwah bapa ibu, ni arwah nenek ibu, ni gambar ibu semasa bergurau dgn arwah bapa ibu dan sebagainya'.
Apapun, hidup mesti diteruskan, namun kenangan yg indah ini akan terus terpatri di hati selamanya.

No comments:

Post a Comment

What say you?