Friday, May 14, 2010
The Wonder of ICT
Ni mcm tajuk assignment jer tp jika selalunya aku menulis tentang the wonder of ICT in education, kali ni aku nak tulis fasal the wonder of ICT in social life and friendship. Kalau bukan krn ICT atau lebih specific Facebook, mungkin aku takkan berpeluang menemui kawan-kawan sekolah rendahku yg sudah lama terpisah. Sejak aku meninggalkan kpg Sg Kechil Ilir kerana berpindah ke Parit Buntar dan juga sejak aku meninggalkan sekolah menengah, aku mmg sudah tidak berpeluang berjumpa dgn mereka. Ada yg sudah terputus hubungan langsung kerana masing2 membawa haluan sendiri. Setiap kali aku ke kampung utk menziarahi kubur arwah Ba, aku berharap dpt bertemu mereka ttp sayangnya nasib tidak menyebelahi aku. Satu-satunya kawan yg aku masih berhubung ialah Fizin ( keluarga kami bersahabat baik) dan masa tu medium kami berhubung ialah melalui surat. Slps surat, kami menggunakan email, slps email kami gunakan facebook dan sekrg ni dah berblog pula.
Ketika aku mula berjinak2 dgn dunia FB, aku sentiasa mencari dgn menaip nama kawan2 dari sekolah rendahku. Aku amat berharap agar mereka dapt kutemui di sini namun tetap hampa. Beberapa bulan kemudian barulah aku temui mereka, bermula dgn Yati, Pida, Mad ki, Fizin, Fakarul dan rasanya sekrg sudah melebihi 10 orang yg berjaya aku temui di FB ini. Alhamdulillah, masing-masing sudah berjaya dgn dunia dan cara masing-masing.
Pida, sahabatku yg kelakar, kreatif dan pandai bergaya ini bakal bergelar businesswoman berjaya tak lama lagi. Yati, sahabatku yg pendiam dan pemalu semasa kecil dahulu kini seorg guru yg berdedikasi. Fizin yg manis pernah menjadi secretary yg hebat kepada beberapa big companies kini memilih utk menjadi suri rumah sepenuh masa- satu pekerjaan mulia dan di mana aku sendiri tidak yakin dapat melakukannya. Mad zaki seorg engineer, Fakarul technician Petronas, Suhardi seorg doktor, Mat Arof seorg setiausaha politik, Sabri Din, Zainab, Juismawati masing2 menjadi supervisor kilang dan Muzaid seorg petani moden yg berjaya dan kaya. Alhamdulillah. Melalui mereka juga aku mendapat tahu bahawa 2 org sahabat kami telah meninggal dunia. Allahyarham Suhaimi meninggal kira-kira 3 tahun lepas krn sakit jantung manakala Allahyarhamah Maizatun meninggal kerana kanser otak kira-kira 10 tahun lepas. Al-fatihah untuk mereka berdua. Mereka pergi dalam usia yg masih muda ttp sesungguhnya Allah swt lebih menyayangi mereka.
Kini kami dalam perancangan utk mengadakan satu majlis reunion. Kelmarin, aku, Pida dan Mad Zaki telah bertemu utk kali kedua bagi membincangkan perancangan majlis reunion tu nanti. InsyaAllah, pada 13 Jun ini kami semua akan bertemu di Parit Buntar Inn dan aku sgt berharap agar majlis ini nanti akan berjalan lancar dan dpt menyatukan kembali hubungan kami. InsyaAllah, kalau berjaya kita akan adakan pula majlis reunion siri kedua, ketiga dan seterusnya......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kaz, sedih pula baca entri kaz kali ni...maklum lah gambar saya terpampang dlm blog kaz...terharu rasa...dan mula la mata nk terkebil-kebil...aduhhh i lap u..
ReplyDeleteRasanya mat ki akan menangis ni..huhuhu
ReplyDeleteRasanya Mat ki akan lebih menangis bila tgh gambar dia yg terjelir lidah tu, hehe.
ReplyDelete