Saturday, May 29, 2010

Tahniah suamiku



Alhamdulillah, Congratulations Abang. Sejak diumumkan jawatan Ketua Unit (KU) Bahasa Inggeris terpaksa dikosongkan krn KU yg lama dinaikkan pangkat ke DG 48, pelbagai spekulasi kedengaran di ofis. Masing-masing meramalkan siapakah yg bakal bergelar KU baru Unit BI. Dalam hati aku tahu suamiku pasti terpilih biarpun sebenarnya kami berdua tidak mahu terlibat dgn jawatan tu secara langsung atau tdk langsung. Hakikatnya dia pernah dilamar oleh Tuan Pengarah setahun yg lepas untuk jawatan yg sama tp Abang menolak dgn baik setelah mendapat petunjuk yg negatif di dalam solat istikharah yg Abang lakukan selama 3 malam berturut-turut. Sebenarnya bukan mudah bergelar KU Unit BI ni, bayangkan di Unit kami ada 37 orang pensyarah dari pelbagai bangsa, agama dan juga karenah. Memang bukan mudah untuk memuaskan hati dan menangani pelbagai ragam dan kemahuan dari semua pihak.

Akhirnya spekulasi itu tamat setelah KU lama mengumumkan sewaktu di Kursus MUET kelmarin. Semua orang bertepuk tangan dan mengucapkan tahniah kpd suamiku. Sememangnya aku amat berbangga dgn kejayaan suamiku. Aku tahu dia mmg sgt layak utk memegang jawatan yg kelima penting di kolej ini ( selepas Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Penolong Pengarah) kerana suamiku ini mmg seorg yg sgt mementingkan kesempurnaan dlm kerjanya, rajin, knowledgeable dan berkarisma. Tetapi aku tahu, baik suamiku atau aku sendiri pasti menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dari segala aspek termasuklah rumahtangga kami nanti. Namun aku yakin kami akan dapat mengatasi segala masalah dan cabaran yg datang dgn izin dan pertolongan Allah.

Buat suamiku sayang, selamat bertugas sebagai Ketua Unit Bahasa Inggeris bermula dari 1 Jun ini. Smg Allah memudahkan segala urusan Abang dan percayalah "they have made the best and the most perfect choice and my prayer, my love and my support will always be there for you". You can do it Abang, chaiyok, chaiyok!

No comments:

Post a Comment

What say you?