Wednesday, May 12, 2010
Sedikit keluhan rasa
Alhamdulillah, kerja aku dan kawan-kawan berjalan lancar semasa Perasmian MPPB kelmarin biarpun masih ada masalah yg ditimbulkan oleh pihak pembekal makanan. Inilah masalah org kita dlm menjalankan business. Ketika memohon tender dulu semuanya boleh, ketika meeting dgn ketua JK makanan, Kak Yati, pun semuanya boleh ttp bila tiba masanya semuanya fail. Bermula dgn kelewatan menghantar makanan tghari pd hari pendaftaran ( lewat sgt2) sehingga ada yg tdk berpuas hati dgn kami, kualiti makanan pula sgt mendukacitakan- udang yg sgt2 kecil (mcm saiz udang yg kita buat sayur atau cucur udang) dan berbau. Ketika jamuan VVIP, pinggan mangkuk yg digunakan mmg sgt out sehinggakan kami perlu berkejar balik ke ofis utk ambil set pinggan mangkuk kolej. Buah oren sunkist dihidangkan kpd VVIP dlm keadaan sebiji2 tanpa dipotong, takkan nak suruh VVIP tu tokak buah oren tu mcm tu saja? Aduh... siapa kata kerja kami di AJK Makanan ni senang. Kak Yati pun aku lihat dah hampir nak pitam kesana sini menguruskan semuanya. Dahlah tu, pembekal ni siap boleh marah2 sambil mengeluarkan kenyataan yg tdk profesional lagi bila Kak Yati asyik call dia bertanyakan makanan yg masih belum sampai pada masa yg dijanjikan. Bukankan 'customer is always right?' Apapun, semuanya dah selesai. Tunggu ajelah post-mortem meeting nanti. Jgn salahkan kami kalau selepas ini tender tu terpaksa diberi pada org lain.
Ada byk juga bad experience aku berurusan dgn org kita ni ketika membeli barang. Pernah beberapa kali ketika aku sgt gemuk dulu masuk ke kedai pakaian, tiba2 penjual tu cakap ' yg saiz besar takda kat sini' sambil melihat padaku dgn sinis. Kalau ya pun, biarkanlah aku masuk dulu, mungkin aku nak beli baju utk kawan aku ke atau utk org lain. Selalunya kalau jadi kes mcm ni, aku akan terus blah saja. Sampai sekarang aku tak masuk dah kedai tu.
Ketika aku dan husband nak berpindah rumah dan sibuk membeli perabot dulu pun aku berhadapan dgn kes yg serupa. Ketika kami ke kedai perabot org kita, aku dan husband membelek2 satu set sofa yg npk agak mewah kat situ. Dgn selambanya pekerja tu cakap kat kami ' perabot kat bahagian ni semuanya mahal2, yg murah kat sebelah sana'. Amboi, mentang2lah aku dan husband hanya berpakaian simple dan bawa kereta Gen2 saja, dia fikir kami ni tak mampu nak beli. Terus husband aku ajak aku keluar dari kedai tu. Bila pergi ke kedai perabot chinese, depa sambut kami dgn baik, siap bg air mineral seorg sebotol dan layan setiap pertanyaan dan kemahuan kami dgn sabar. Akhirnya hampir 90% perabot baru rumah kami dibeli dari kedai chinese. Dalam hal ni siapa yg rugi kan? Bukannya kami tak nak menolong org kita sendiri tp sikap sebeginilah yg buat kami rasa terkilan.
Begitu juga dgn RFC yg sgt popular kat SP ni. Ayam goreng dia mmg sedap, siap guna ayam organic lg tp servis dia Ya Tuhan, punyalah lembap. Aku ingatkan cuma dulu saja ketika restoran tu baru dibuka ttp kunjunganku 2 minggu lepas dan juga semlm masih menunjukkan situasi yg serupa. Sayangnya kalau berterusan begini.
Apapun ini cuma sedikit keluhan rasaku. Aku nak tgk bangsa kita maju dan tdk ketinggalan bersaing dgn bangsa lain di dalam segala bidang. Byk perkara yg perlu kita ubah dan antaranya ialah sikap kita sendiri. dan itu jugalah yg sering aku tekankan pada anak muridku. Change your attitude if you want to succeed!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?