Friday, May 7, 2010

Al-fatihah utk mak



Pada pagi Ahad yg lepas ( 2 Mei 2010), batu nisan arwah ibu mertuaku telah selamat diletakkan di perkuburannya. Arwah Mak meninggal dunia pada 11 mac 2010 kerana serangan strok yg berulang.
Jika orang lain mempunyai masalah dgn ibu mertua, aku kira akulah manusia yg paling beruntung di dunia ini kerana mempunyai seorang ibu mertua yg sgt baik, pengasih, memahami dan paling penting dia menerima dan mengasihi diriku seadanya. Bermula dari saat aku bergelar menantunya sehinggalah dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya, dia sangat aku senangi dan kasihi seperti mamaku sendiri. Arwah Mak ialah seorang wanita yg sangat tabah dan berhati mulia. Seumur hidupnya dia telah diuji dgn pelbagai dugaan yg bagiku hanya insan terpilih sahaja yg berjaya melaluinya. Mungkin kerana kami selalu berbual dan dia selalu menceritakan padaku segala pengalaman hidupnya serta dugaan yg ditempuhinya membuatkan aku sangat rapat dan merasakan hatiku sgt dekat dgnnya walaupun kini dia tiada lagi di sisiku.
Semasa hayat arwah Mak, dia cukup suka makan nasi goreng yg aku masak. Namun ketika dia jatuh sakit kira2 sebulan sebelum pemergiannya, nasi goreng yg aku masak cuma dijamahnya semulut. Mungkin ketika itu seleranya sudah diangkat Allah.Masih kuingat sekiranya arwah Mak ada di rumahku, setiap kali aku memasak, dia akan berkata "hmmm wanginya, ina masak apa tu" dan dia juga akan berulang kali meminta maaf padaku kerana tidak dpt menolongku di dapur kerana keuzurannya.
Selama hayat arwah Mak, sudah berulang kali arwah mak keluar dan masuk hospital kerana penyakit yang ditanggungnya namun kali terakhir ini arwah mak terus pergi meninggalkan kami. Pada petang Jumaat itu, aku sedang menghadiri kelas di USM. Cadangku, aku akan meminta kebenaran utk pulang awal bg melawat mak di hospital. Suamiku pula untuk pertama kalinya selama mak di hospital tidak pergi menjaga mak kerana dia berada di rumah kami untuk menjaga wildan dan wafriy sepeninggalanku. Kira-kira pukul 5.15ptg ketika aku sedang di dalam tutorial statistiks, aku mendapat panggilan dari suamiku mengatakan dia baru mendapat berita dari kakak yg sedang menjaga arwah mak di hospital mengatakan mak sedang tenat. Suamiku kelihatan sangat cemas dan memberitahuku dia akan ke hospital secepat mungkin dan memintaku turut ke hospital pada pukul 6 ptg. Aku berasa sgt tdk sedap hati dan sudah tidak mampu memberi perhatian kepada apa yg diajar, lantas aku memberitahu Dr Zarina dan terus meninggalkan kelas. Sebaik sahaja aku sampai di dlm kereta, aku mendapat panggilan sekali lagi dari suamiku. Hatiku bagaikan sudah boleh meneka apa yg akan kudgr dan benarlah semua itu. 'Ina, mak dah tak dak", suamiku menangis di dalam telefon dan ketika itu aku merasakan dunia ini bagaikan terhenti....
Akhirnya Mak pergi jua namun kami semua redha dgn pemergian mak kerana kami tahu arwah mak sudah lama tersiksa dgn penyakitnya. Mak, semoga Allah tempatkan Mak bersama mereka yg beriman, smg Mak sangat2 bahagia di sana, smg Mak bertemu dgn ketiga-tiga anak Mak yg telah meninggal dunia ketika mereka masih kecil dan smg di syurgalah tempat Mak yg abadi....kami semua sangat sayang dan merinduimu Mak.

No comments:

Post a Comment

What say you?