Friday, May 7, 2010

Kunjungan 'mesra'




Setelah sibuk mengemas rumah, aku sibuk pula ke market dan memasak utk menyambut kedatangan Ayush sekeluarga. Sehari seblm tu, aku call Ayush, tanyakan dia apa yg dia nak makan. Spt yg aku jangkakan, adikku ini mmg menggemari masakan kampung. Dia minta aku masakkan gulai udang lengkap dgn sambal belacan, ikan kering dan ulam-ulaman. Jadi pg jumaat tu, setelah solat subuh aku terus ke bawah utk menyapu rumah dan terus memasak utk makan tengahari. Selain dari menu yg dia minta, aku juga menyediakan ayam goreng rempah, sayur goreng campur dan budu yg mmg aku tahu menjadi favourite dia sejak kecil.
Mereka sampai ke rumahku setelah habis solat jumaat. Alhamdulillah, seronok rasanya melihat semua org makan dgn berselera termasuklah suamiku yg sedang berdiet tu, hehe.
Pada sebelah petang kami ke Jakel dan Radix Fried Chicken, mama yg belanja kerana nak bg peluang anak dan menantunya merasa RFC yg mmg terkenal di Sg Petani ni.
Keesokkan harinya aku memasak laksa Penang atas permintaan adikku. Walaupun penat memasak dari pagi hingga tengahari, semuanya berbaloi melihat semua org makan dgn berselera dan bertambah2. Ibu mertua dan adik ipar Ayush pun memuji laksaku dan suamiku yg bukan penggemar laksa pun makan laksa bertambah2 kali ni. Bagiku kalau org lain tak suka pun tak apa krn yg penting suamiku suka.
Setelah solat zohor, kami ke Penang krn adik ipar Ayush belum pernah sampai ke sana. Kami ke Queensbay. Ramainya orang krn hari tersebut merupakan public holiday. Sempat jugalah mrk bershopping. Aku cuma membeli toys utk wildan, wafriy dan anak saudaraku Dhani. Nak beli toys pun berjam2 sbb wildan dan wafriy rambang mata melihat toys Ben 10 dan Ultraman yg byk kat situ.
Setelah balik dari Queensbay, kami bertolak ke Padang Kota ttp terlalu ramai orang kat sana, at last kami gi makan kat Khaleel nasi kandar di Sunway.

No comments:

Post a Comment

What say you?