Saturday, September 11, 2010
Balik kampung
Dari malam sehingga ke pagi aku mengemas barang-barang yg hendak dibawa balik ke kampung. Bukan mudah kerana semua aspek dan keperluan perlu diambilkira. Memang penuhlah kereta dgn barang2 kami sekeluarga, dalam perjalanan tu sempat lagi aku berkata kepada suamiku, "harap2 raya tahun depan kita dah boleh balik dgn kereta baru ya". Suamiku senyum saja.
Memandangkan tahun ni mama beraya di KL, aku sekeluarga akan berada di Penang saja selama cuti raya kami yg teramat singkat ni. Selalunya 2 hari di Penang dan 2 hari di Parit Buntar.
Perjalanan dari rumah kami ke kampung suamiku yg tercinta cuma mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Suamiku ini mmg tak suka travelling, so dia kata untung kampung dia dekat dan kahwin pun dgn orang yang dekat saja ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?