Pada public holiday sempena cuti 1Malaysia hari tu, aku dan suami buat makan-makan sikit untuk keluarga sebelah suami. InsyaAllah, makan-makan untuk family sebelah keluargaku akan menyusul kemudian, tunggu mama balik dari KL dulu. Menu simple sahaja-kuetiaw sup, makaroni goreng Malay style (yg hari tu Italian style), puding sumi campur nata de coco dan juga pisang. Nak buat yg hebat sgt pun takut tak sempat sbb aku sorang2 nak prepare dan masak. Lagipun aku rasa orang dah jemu nak makan yang berat2 spt hidangan nasi, lemang atau ketupat. Alhamdulillah, segala penat lelah terbayar bila tgk semuanya berselera makan dan siap dapat pujian lagi.
Keluarga Mak Kecik sedang menjamu selera. Tak sempat nak snap gambar semua yang datang sebab sibuk melayan tetamu.
Turut datang pada hari itu ialah ex-student aku semasa tahun 2002 dulu, Awie. Dah bergelar engineer sekarang dah dah nak kahwin pun, cepat betul masa berlalu. Apapun, aku tumpang berbangga melihat anak didikku dah berjaya.
No comments:
Post a Comment
What say you?