Tuesday, September 14, 2010

Warna-Warni di Aidilfitri -Raya Ketiga











Hari raya ketiga, aku dan kakak ipar sekeluarga ke rumah terbuka sepupu suamiku di Bukit Mertajam. Habis punah ranah dietku walaupun baru tiga hari beraya. Kat open house ni pula byk makanan yg sedap2, tak makan terasa rugi pula. Ada nasi daging, lontong dan paling best tentulah laksa.
Balik dari open house ni rupanya suami dan kakak ipar dah plan nak celebrate birthday aku dan Kak Long kat Jaya Jusco. Aku dan Kak Long berkongsi tarikh lahir yg sama, satu kebetulan yg bagiku sgt menarik. Kami makan kat A&W. Aku minta suami orderkan root beer float dan ice-cream waffle untukku. Hmmmmm...talking about diet, huh?



Wildan dan Wafriy mmg sgt rapat dgn Kak Long.

Birthday ladies.

Tiga Jejaka Kesayanganku
Hadiah dari kakak ipar sekeluarga- handbag, pouch dan satu set perfume AVON. Tq Kakak. Gambar2 kakak ipar dan birasku tak aku letakkan kat sini sbb mereka ni pemalu sikit.

Balik dari Jaya Jusco, kami terus pecut ke SP sbb ada lg satu undangan open house kat rumah sahabatku Shikin. Walaupun dah lewat sgt iaitu dah hampir pukul 10 malam, kami singgah sekadar nak 'tunjuk muka' tp Shikin beriya-iya suruh kami masuk. Anak-anak pula walaupun dah tertidur dalam kereta terus terjaga sebaik saja sampai kat rumah Shikin kerana aku dah janji nak bg mereka mandi kat swimming pool rumah Shikin. So, apalagi, dgn baju raya mereka tu, mereka terus terjun masuk ke kolam dan mandi dengan happynya. Mula2 kata 5 minutes, akhirnya dekat 45 minutes mereka berendam. Husband Shikin sempat lg masak lamb chop utk kami ttp hanya dimakan oleh suamiku krn aku dan Ba tak lalu makan kambing. Walaupun tak makan lamb chop, semangkuk mee hokkien habis aku makan.








Memang beraya sungguh kami kali ni. Sampai rumah pun dah hampir 11.30 malam. Takpa, bagiku yang penting semua orang happy. Cuma bila mengenangkan segala jumlah kalori dan lemak yg masuk ke dalam badanku dan suami pada hari ni buatkan kami termenung sikit.....hehe.

No comments:

Post a Comment

What say you?