Saturday, September 4, 2010

Busy lagi

Tgh busy yang teramat sgt. Isnin ni SIRIM nak dtg audit utk ISO. Sesiapa yg biasa dgn ISO ni pasti tahu btp peritnya hidup bila SIRIM nak dtg audit ni. Entahlah siapa yg cipta ISO ni, mmglah niatnya murni (bak kata orang2 kuat ISO termasuklah suamiku) tp bagiku adakalanya ianya sgt menyusahkan. Kalau nak audit pun, cukuplah kalau sekadar mengaudit pengurusan dan pentadbiran, ini segala urusan P&P pun nak diaudit sampai ke akar umbi. Aku mmg cukup malas bab nak mendokumentasi kerja2 aku ni tp yg pasti hanya Allah saja yg tahu sama ada aku benar2 menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan kpd ku ini. Yg itu sesiapa pun tak boleh pertikaikan. Kelmarin, ketika sedang kalut update fail RASA, baru aku teringat aku takda dokumen utk consultation record. Bukannya aku tak pernah buat consultation, rasanya aku selalu dikunjungi students aku especially lately ni slps aku brainwash mereka di dlm kelas, cuma aku rasa sgt tak appropriate utk minta students sign borang tu setiap kali mrk berjumpa aku. Aku rasa seolah-olah aku tdk ikhlas, hanya melakukan consultation tu semata-mata nak memenuhi consultation record sedangkan hakikatnya aku benar2 nak menolong mereka tanpa mengharapkan sebarang 'pembalasan dunia'. Cukuplah seandainya setiap amalanku itu dicatat oleh malaikat di kanan bahuku ini, tak perlulah aku memberitahu semua orang.

Tapi apapun aku akur dgn peraturan dan undang2 yang ditetapkan di kolejku. Setiap kerja perlu didokumentasikan utk satu budaya kerja yg lebih bersistematik, apatah lagi kolej aku sendiri sedang berusaha utk mencapai sistem pendidikan bertaraf dunia dlm sedikit masa lagi.

Smg Unit Bahasa Inggeris terlepas dari diaudit kali ini. Smg auditor yg datang mengambilkira faktor 'kita semua sedang berpuasa' dan 'kita semua dalam mood nak raya'.

Tawakkal ajelah.

1 comment:

  1. mmg bosan iso nie...betul la mcm kaz ckp...sape la cipta iso nie...ia senang kalau dah siap,tapi rumit sebelum siap...he he..nak x nak kena lalu gak...saya yang menurut perintah la katakan..he he..

    ReplyDelete

What say you?