Tuesday, September 14, 2010

Warna-Warni di Aidilfitri -Raya Keempat

Hari ni aku bangun awal, sesudah subuh aku terus turun ke bawah utk mengemas rumah. Hari ni aku akan menerima kunjungan sahabat lamaku Fizin bersama keluarganya, Kak Min sekeluarga dan tak lupa sepupu Fizin yg kukenali di alam siber ni Saiful a.k.a Bidadarindu sekeluarga. Sebaik sahaja Fizin sms confirm nak datang, aku bersiap utk ke market. Suamiku masih tidur kerana semalam dia tidur lewat mengemas bilik toys anak2. Tiada pilihan lain, aku bawa bersama Wildan dan Wafriy yg masih berbaju tidur. Sesampai je kat market, kedai menjual produk makanan muslim yg biasa aku beli tu masih ditutup, tak berani pula aku nak beli mee atau kuetiaw dari kedai lain. So, aku terus ke Econsave dan pilihan makanan halal yg plg selamat kat sini ialah pasta.
Bawa anak2 ni memang wajiblah beli toys jugak.


Setakat ni saja menu yg sempat aku sediakan. Pasta goreng Italian style, popia sardin dan cocktail campuran. Semasa Bidadarindu sekeluarga sampai, yg tinggal cuma pasta saja.

Ahli keluarga Fizin sedang lepak menonton tv selepas makan.Suamiku sedang bersembang dengan Bidadarindu.

Anak-anakku mmg cukup excited setiap kali ada kawan2 datang ke rumah. Habis semua toys mereka keluarkan.Aku bersama Fizin, Kak Min, Yan dan Cinta. Seronok bertemu kawan2 lama, slps ni entah bila akan bertemu lagi.

2 comments:

  1. tq kaz..tapi hajat nak makan rfc x juga kesampaian...next time la kot....

    ReplyDelete
  2. katanya kat melaka pun ada kan, situ dekat sikit.

    ReplyDelete

What say you?