Thursday, September 2, 2010

Mama ke KL

Kelmarin gi hantar mama ke bus station sbb mama nak ke KL. Tahun ni mama beraya di rumah abangku di KL kerana Ayish tidak dapat balik beraya di Parit Buntar atas sebab tertentu. Sedihnya rasa nak berpisah dgn mama. Inilah kali pertama aku beraya tanpa mama. Sebelum ni walaupun ketika giliran aku beraya di rumah mertua, kami sekeluarga tetap akan balik ke Parit Buntar pada sebelah petang raya pertama untuk bertemu dan beraya dgn mama.





Mama naik bas Aeroline utk kali kedua. Nampak best sgt bas ni, siap ada lounge kat tingkat bawah dan makanan dan minuman dihidangkan sepanjang perjalanan kecuali ketika bulan Ramadhan, ianya diberi ketika hampir waktu berbuka. Tambangnya RM 55 dari Penang ke Sunway Pyramid.


Mama menangis ketika hendak meninggalkan aku. Aku pun ingin menangis tp aku tak mahu tunjukkan kesedihanku pada mama. Sejak arwah Ba meninggalkan kami, aku tahu aku perlu sentiasa kuat (biarpun adakalanya aku terpaksa berlakon) di depan mama agar dia tahu dia masih ada aku yang akan terus memberi sokongan kepadanya.

Alhamdulillah, mama dah selamat sampai pada pukul 7.30 malam semalam. Semoga mama akan happy tinggal di KL selama 2 minggu ni.

No comments:

Post a Comment

What say you?