Alhamdulillah, genap 35 tahun umurku pada hari ini. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang utk mengecapi nikmat hidup di dunia ini bersama insan-insan yang aku sayangi. Aku berdoa pada Allah agar aku akan terus diberi kesihatan fizikal, mental dan spiritual yang baik, iman yang kuat dan ketabahan dan kesabaran yang tinggi agar aku dapat terus berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepadaku. Paling penting aku berdoa agar aku akan sentiasa berada di sisi insan-insan yang teramat aku sayangi dan smg mereka juga sentiasa sihat walafiat dan dilindungi Allah selalu.
Terima kasih yg tak terhingga buat:
1. Mama tercinta kerana melahirkan aku ke dunia ini dan seterusnya membesar dan mendidikku sehingga aku berada di tempat sekarang. Jasamu mama takkan mampu kubalas sampai bila-bila.
2. Arwah Ba tersayang- terima kasih kerana memelihara dan membesarkan aku sebaik-baiknya. Biarpun adakalanya Ba sendiri terpaksa mengikat perut dan bergolok gadai, namun kebajikan kami sekeluarga tidak pernah diabaikan.
3. Suamiku tercinta- terima kasih kerana menerima diriku seadanya dan menyintai diriku sepenuh hati. Abang, biar ke hujung dunia sekali pun, aku tidak akan mampu menemui insan seistimewa dirimu. Tiada insan yang dapat menerima, memahami dan menyintaiku seperti yang kau lakukan.
4. Anak-anakku Wildan dan Wafriy- terima kasih kerana hadir di dalam hidup Ibu. Kehadiran Wildan dan Wafriy telah melengkapkan hidup Ibu dan seperti yang selalu Ibu katakan, Ibu takkan mampu hidup tanpa anak-anak kesayangan Ibu ni.
5. Ba dan Arwah Mak- terima kasih kerana menerimaku dan mengasihiku seperti anak sendiri.
6.Abang dan adikku- terima kasih kerana pernah bersamaku melalui kehidupan ini sebagai sebuah keluarga.
7. Sahabat-sahabatku- terima kasih kerana persahabatan bersama kalian membuatkan hidupku lebih bermakna.
8. Kesemua yg bergelar dan pernah bergelar anak muridku- terima kasih kerana dalam mengajar mereka, aku akui aku juga turut belajar banyak perkara yg tidak aku perolehi dari buku mahupun nota2 kuliah.
Kek harijadi yang dibeli oleh suamiku. Terima kasih Abang kerana bersusah payah nak buat surprise ini.
Dua hadiah istimewa dari suamiku. Aku sangat2 terharu melihat kesanggupan suamiku berhabis-habisan membeli hadiah2 ini untukku. Terima kasih Abang. Aku akan terus berusaha untuk menjadi isteri terbaik buatmu.
Happy Birthday Kak Kaz..Moga2 dengan meningkatnya usia akan menambahkan lagi kematangan dalam menjalani hari2 yang mendatang...
ReplyDeleteTq adik bidadarindu.
ReplyDelete