Saturday, August 14, 2010

Dugaan di bulan Ramadhan

Setelah Wafriy sihat, aku pula terkena cirit-birit dan muntah-muntah sehinggakan aku terpaksa ambil mc kelmarin. Bermula dari pukul 4 pagi, aku menjadi pengunjung tetap toilet sehingga aku menjadi lemah longlai. Pada pukul 10 pagi, ketika aku sedang berbaring, Wildan (dia pun tak pergi tadika kerana suami tak sempat nak bg dia mandi) datang kepadaku dan mengadu sakit perut. Walaupun aku tak larat sgt, aku gagahkan diri meletakkan minyak di perut dia dan tak sampai 5 minit, Wildan pula muntah. Aduhai.........dalam keadaan ku yg semakin lemah, Wildan pula muntah, takkan aku nak harapkan mama bersihkan semua tu. Aku bersihkan Wildan dan mop lantai. Dan tak lama kemudian, dia cirit-birit dan muntah lagi. Memang dugaan sungguh.

Aku tdk dpt berehat sepenuhnya krn menjaga dan menguruskan Wildan. Aku berharap apabila suamiku pulang dari kerja nanti, bolehlah dia menguruskan anak-anak dan dapatlah aku berehat pula. Dlm pukul 2.30 ptg, suamiku telefon dan mengatakan dia juga sudah mula merasa sakit perut dan loya. Semua tu mmg simptom cirit birit dan muntah2 yg aku dan Wildan alamilah. Alahai....

Aku mmg tak larat nak drive sendiri, jadi aku tunggu sehingga suamiku pulang utk membawaku ke klinik. Suamiku sendiri memang dah kelihatan pucat dan lemah. Doktor kata penyakit ni mmg berjangkit sebab ia berpunca dari virus. Semasa memasuki kawasan rumahku, suamiku mungkin dah tak larat sgt sehinggakan dia hilang kawalan dan terlanggar sebuah pasu bunga. Pasu bunga pecah,nasib baiklah bahagian hadapan kereta tak kemek, cuma nombor plat saja yg jatuh.

Inilah namanya dugaan.....mungkin Allah nak beri pahala lebih kepada kami di bulan yg mulia ini.
Namun sedikit sangat dugaan ini jika nak dibandingkan dgn dugaan yang sesetengah orang lain terima. Terima kasih ya Allah.

Wildan tertidur keletihan setelah muntah-muntah.

Suamiku pun dah nampak letih dan lemah ketika ini.

3 comments:

  1. rasanya ina keracunan makanan kot..
    fizin pun kena macam tu, cirit birit & muntah2 sebelum puasa. doktor cakap keracunan makanan.

    take care ya ina, bulan puasa ni memang mcm2 dugaan, dugaan fizin buat masa ini ialah tak tahan tengok makanan kat bazar ramadhan he..he..

    tapi yang sebenarnya fizin sekeluarga amat risau ngan keadaan kesihatan mak. harap mak kuat semangat & tak putus asa .....

    ReplyDelete
  2. Tq Fizin and bidadarindu, doktor kata ni bkn food poisoning sbb kalau food poisoning tak berjangkit. Ni sejenis viral infection jugak sbb kat nursery wafriy tu, hampir semua budak kena.
    Bidadarindu, mmg dah mnm 100 plus, baru rasa bertenaga sikit, kalau tdk nak berjalan pun tak boleh.

    ReplyDelete

What say you?