Saturday, August 14, 2010

Murtabak Sungai Dua

Hari kedua berpuasa, aku dan best friend ku Kak Yati telah melancarkan salah satu plan kami ketika Ramadhan ni iaitu membeli murtabak Sg Dua yg special tu. Selepas waktu bekerja kami bergegas ke Sg Dua yg mengambil masa kira2 15-20 minit perjalanan dari kolej. Sesampainya di sana, dah ramai orang kat gerai tu dan kami menunggu hampir 1 jam utk mendapatkan murtabak kami. Ketika itu aku dan Kak Yati dah sama2 pening kepala disebabkan berdiri lama di dalam cuaca yg panas. Kami menjadi bertambah panas kerana melihat orang yg datang lewat dari kami mendapat murtabak lebih awal dari kami. Sabar je lah...

Gigih menyiapkan murtabak yg dipesan. Tetapi aku tabik pd tauke murtabak ni (tiada dlm gambar) kerana begitu sabar melayani permintaan dan gelagat pelanggan. Ada yg memesan melalui panggilan telefon dan ada juga yg memesan dan akan datang mengambil kemudian. Jumlah yg dipesan bukan sedikit, kebanyakannya memesan 10 keping ke atas.

Ini baru sebahagian dari manusia2 yg mengelilingi gerai murtabak ni.
Ini dia rupa murtabak Sg Dua ni. Nampak biasa sahaja tetapi isinya lebih tebal dari murtabak biasa dan memang sedap sangat2 ( ttp suamiku kata biasa sahaja-selera orang tak sama kan). Aku dah pun mengambil nombor telefon tauke murtabak ni, next time aku dan kak Yati akan telefon dulu utk membuat pesanan. Dah tak sanggup rasanya nak berdiri sejam kat situ.

5 comments:

  1. bagi no telefon tokey murtabak tu...nak order gak..he he..

    ReplyDelete
  2. Boleh, boleh, kalau balik kpg nanti cakap ya. Nanti akak bg nombor tu.

    ReplyDelete
  3. org nak order ari nie la..teringin sangat..mana tahu ada delivery service ker...he he..

    ReplyDelete
  4. nasib baik fizin x berapa suka murtabak, kalau x, sure dah terliur he3..

    ReplyDelete
  5. murtabak tu punya laku kawan uda kata pkl 5.30 dah abis. Betul ke ina? Cam ni kena tunggu hari x keje baru boleh p beli.

    bidadarindu: amboi teringin sungguh la tu..i dont think so ada delivery service sampai sg.merab. Too bad:-(

    cntakshsyg: syg..sikit pun x teringin ke?

    ReplyDelete

What say you?