Tuesday, January 4, 2011

Anak-anak Ibu yg soleh, Amin....

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ الصَّـلِحِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.




Alhamdulillah, anak2 Ibu dah start ke kelas mengaji Quran. Yg paling excited tentulah Wafriy, setiap malam dia bertanya, "bila nak pi mengaji ni?". Tapi Wafriy ni masih dlm tempoh percubaan kat kelas mengaji tu. Sebenarnya Ustazah tu tak nak terima budak berusia 4 tahun tapi saya yg beriya-iya memujuk Ustazah tu supaya terima Wafriy sbb dia nampak dah berminat sgt nak belajar mengaji. Ustazah tu kata dia nak try tgk Wafriy dulu, kalau Wafriy ok, tak menangis, tak buat perangai dan boleh follow apa yg diajar, Wafriy boleh terus mengaji kat situ. Puas saya berdoa siang malam agar Wafriy diterima, setakat 2 malam ni nampak dia ok lah, harap2 berterusanlah hendaknya.

Sewaktu first night hantar mereka ke kelas mengaji tu, hati saya rasa sebak sangat2. Entahlah saya pun tak tahu apa yg saya rasa, sedih ke, happy ke, terharu ke... Kebetulan saya dan suami ada barang yg hendak dibeli, kami ke Econsave sementara menunggu anak2 habis mengaji. At first saya terfikir bolehlah saya shopping dgn aman dan tenteram malam tu.All this while, setiap kali shopping mmglah saya sibuk terjerit-jerit, "Wildan, don't touch that thing", "Wafriy, jgn lari, "Wildan, baik2 nanti jatuh, "Wafriy, come here" dan mcm2 lagilah. Tetapi hakikatnya bila sampai kat Econsave tu saya rasa sgt lost and lonely tanpa kedua2 hero saya tu. Rasa nak menangis pun ada especially bila tgk orang lain shopping dgn anak. Saya rasa langsung takda mood nak beli apa pun. Saya asyik ingatkan anak2 saya dan asyik tanya suami "dah pukul berapa ni Bang?" sebab tak sabar nak gi ambil mereka pulang. Entah apa2 saya ni kan. But the truth is saya memang tak boleh hidup tanpa anak2 saya. Biarlah saya terpaksa terkejar-kejar dan terjerit-jerit bila bersama mereka but that is the beauty of my life. Syukurlah kerana saya dikurniakan Allah dgn anugerah dan harta yg paling bernilai ini.

Semoga mereka menjadi harta yg menguntungkan kami suami isteri di dunia dan akhirat nanti. Amin.

p/s: Petua dari seorg kawan saya, selalu panggil anak2 kita dgn panggilan " anak2 Ibu/abah yg soleh/ solehah". Contohnya "anak Ibu yg soleh ni dah makan?" atau " cantiknya baju anak abah yang solehah ni". InsyaAllah, kata2 itu adalah satu doa yg mustajab dari ibu dan bapa dan kita akan dapat lihat perubahan yg positif pada anak2 kita nanti.

2 comments:

  1. emmm...petua yang menarik,pas nie boleh praktikkan....

    p/s : "danish anak abah yang hensem macam abah hari nie blajar aper kat skolah?"he he he...

    ReplyDelete
  2. Hehe, atau lebih menarik "Danish anak abah yg hensem dan kaya raya dan jadi tokeh emas macam abah.....

    ReplyDelete

What say you?