Sunday, May 8, 2011

Hujung Minggu Yg Indah

Weekend baru ni saya sekeluarga balik ke kampung husband di Penang. Bila bermalam di rumah bapa mertua ni, aktiviti wajib kami selain drp makan2 kat Padang Broom dan Astaka, kami juga suka ke Padang Kota dan Taman Belia. Kali ni saya rasa lebih enjoy krn dpt spend sepenuhnya masa bersama husband dan anak2 tanpa perlu memikirkan apa2 obligation yg lain spt sebelumnya.
Di Padang Kota. Wildan & Wafriy cukup suka main benda ala2 flying saucer ni. Setiap kali pergi ke sana, kena beli benda ni. 2-3 hari main, dah rosak.

Husband, Wildan dan Wafriy bermain flying saucers kat padang di Taman Belia. Saya tersandar kat tepi padang krn kekenyangan makan laksa Penang sebelum ke sini tadi.


Yang ini kat Taman Belia, best play ground kat situ. Luas dan ada macam2 permainan. Husband pula suka buat exercise kat sini.






Mandi kolam lagi??? Bila tahu ada kolam mandi yg sgt happening kat Taman Belia tu, Wildan dan Wafriy pun apa lagi, menangis2 nak mandi. Sayangnya saya tak bawa towel, so terpaksa janji nak bawa mereka ke sini keesokan harinya. So, esoknya kami datang lagi awal2 pagi dan hampir 3 jam mereka berendam di dalam kolam kat situ. Ada 5 buah kolam kesemuanya, cuma 1 saja yg mereka tak mandi sbb dalam sgt.


This is my favourite part. Makanan kat Penang mmg heaven especially laksa sbb laksa tu mmg favourite food saya. Setiap kali balik ke rumah bapa mertua, saya wajib makan laksa Penang yg dijual di gerai "Kak Arah" di Sg Pinang. Sedapnya tak terkata. Air soya Nasir ni pula mmg famous kat Penang, terlalu sedap sehinggakan sepanjang masa ada saja orang beratur nak membelinya. Nasir ni dah franchise air soya dia, so mmg byk gerai2 yg menjual air soya Nasir ni di Penang.



Petang tadi husband bawa saya, Mama dan anak2 makan2 di Pizza Hut sempena Mother's Day. Untuk Mama tersayang, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik saya selama ini. Tanpa Mama saya, saya takkan berada di mana saya berada sekarang. Terlalu banyak yg Mama korbankan untuk saya dan adik-beradik especially selepas kematian arwah bapa saya. Saya sayang sgt kat Mama. Untuk arwah Mak (ibu mertua), semoga roh Mak ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Saya juga sgt mengasihi Mak kerana arwah merupakan seorang ibu mertua yg sgt baik dan penyayang.

Esok dah start kerja setelah kolej saya bercuti 2 minggu. Bermula kembali routine hidup saya dan suami yg keluar bekerja ke kolej pukul 7 pagi dari rumah dan pulang semula lebih kurang pada pukul 6 petang setiap hari. Walaupun students belum ada kerana kemasukan pelajar baru matrikulasi ialah pada 23 Mei ni, tetapi kami tetap akan busy dgn pelbagai meeting dan acara yg telah diaturkan kolej. Dan InsyaAllah, pada 10-12 Mei ini, saya akan menghadiri kursus di KL bersama rakan2 sekerja. Excited pun ada, sedih pun ada. Excited sbb dah lama tak attend kursus di luar kolej dan sedih sebab nak berpisah dgn husband dan anak2 tersayang. Nasib baiklah anak2 dah besar, saya tak lah risau sgt nak tinggalkan pada husband dan Mama.

4 comments:

  1. salam...tc..ni najihah f5...hehe...saje nk tulih ni...rindu ke tc...slamat sambung keje tc...insyaAllah...mase mppb 6ti...sayer pg...kalu pnjg umo..kite jumpe lg yer...huhu...smoga Allah sayang...

    ReplyDelete
  2. "kaz...taman belia tu best kan..akk pernah pegi sekali jer..itupun adik ipar yg keja polis kt air itam tu yg bawak.budak2 dok sibuk nk mandi tp dah nk ptg..baju pun tk bawak..tk jadi la mandi kt situ...~cadang nk mkan kt pizza jugak sempena hari ibu,tp tunggu abang balik dr asrama minggu dpn,baru lah makan sesama..slmt hari ibu kaz.."

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kaz,
    Selamat Hari Ibu ya. Lamanya akak tak ke Taman Belia, mesti dah banyak perubahan. Suka tengok aktiviti Kaz bersama famili, menceriakan......
    Selamat kembali bertugas juga ya.

    ReplyDelete
  4. salam kaz,I am kak mastura, a close friend of chinda and used to be a lecture mate of yr hubby.(i saw him in yr blog but he might not remember me).luv reading yr blog n wish to knw u better. keep connected : my blogs http://masturasspot.blogspot.com and http://tlcbalingsik.blogspot.com.

    ReplyDelete

What say you?