
Sedap tetapi next time saya kena letak sunquick juga sbb kurang sikit rasa 'keorenannya'. Yang penting kek ni senang dibuat.
Ini pula moist chocolate cake yg saya buat utk cikgu2 di tadika Wildan dan di nursery Wafriy sempena Teacher's Day hari ni.
Saya tak pandai nak hias kek. Balik2 letak chocolate topping dan chocolate rice saja. InsyaAllah, saya tgh mencari mana2 kelas menghias kek yg saya boleh saya join utk menambah ilmu bab2 menghias kek ni.
Selain drp kek, setiap cikgu akan dapat bekas comel yg bertulis "Selamat Hari Guru" ni, saya beli kat SACC Mall.Selamat Hari Guru utk semua guru2 di Malaysia termasuklah saya juga. Buat guru2 saya yg telah tiada, smg Allah meletakkan mereka di kalangan insan2 beriman dan mulia. Tidak terbalas rasanya jasa mereka terhadap kita semua, hanya Allah dapat membalasnya dgn sempurna.

No comments:
Post a Comment
What say you?