Wednesday, May 4, 2011

Tunaikan janji lagi

Tunaikan janji lagi? Amboi, banyak betul saya berjanji ya, sekrg kenalah tunaikan semua janji tu. Actually bukanlah janji yg besar2, sekadar janji2 biasa yg saya janjikan ketika saya tak berkesempatan buat ketika saya betul2 busy dulu.

Antaranya ialah stuffed potato ni, yg saya janjikan pada my beloved hubby. Dah lama dia teringin nak makan stuffed potato ni, setiap kali saya nak buat, husband kata tunggu sehingga saya habis exam. Benda ni husband makan semasa husband study kat UK dulu, saya pun tak pernah makan, so berdasarkan apa yg husband describe kat saya, plus resepi2 yg saya cari kat blog2, saya combine semuanya dan terhasillah ni.


Alhamdulillah, husband saya kata sedap sgt cuma tak samalah dgn apa yg husband makan kat UK tu kan. Intinya saya guna ayam kisar, isi kentang (yg telah dikorek dari kulitnya), susu, butter, oregano, black pepper, sos tomato, sos cili, bawang besar dan bawang putih. Setelah dimasak intinya, saya sumbatkan ke dalam kulit kentang, letak keju di atasnya dan bakar di dalam oven selama 15 minit. InsyaAllah, boleh buat lagi selepas ni dan mungkin saya akan cari lg resepi stuffed potato ni dlm internet sampai jumpa yg betul2 mcm yg husband teringinkan tu.

Lebihan isi kentang yg ada tu takkan nak dibuang kan? Husband dgn baik hatinya volunteer utk buat mashed potato spt yg husband selalu buat semasa bekerja part-time di UK dulu. Memang sedap dan berkrim. Husband masak dgn menggunakan butter, susu, sedikit garam dan pepper di atas api yg sederhana. Boleh kalah mashed potato KFC ni.


Yg ini pula ialah tempe goreng versi Kak Azatie yg saya janji nak goreng kat Mama. Memang sedap betul resepi Kak Atie ni, belum sempat makan nasi dah habis diratah, hehe. Selalunya kalau beli sebungkus tempe dan digoreng dgn garam dan kunyit, tempe tu boleh dibuat makan tghari dan malam, ttp apabila digoreng mcm ni, sekejap aje licin. Keesokan harinya, terus saya ke market dan borong tempe kat situ.



Yang ini pula adalah janji saya kpd Syikin, kawan saya yg baru bersalin tu. Saya janji nak buatkan dia ikan talang bakar campur lada hitam. Ni makanan biasa utk org berpantang, boleh dimakan terus bersama nasi atau dijadikan bumbu utk masakan lain spt kerabu halia, kerabu pegaga, dimakan bersama ikan atau ayam bakar dan sebagainya. Saya juga masakkan dia ikan kukus +halia+ bawang putih (lupa nak ambil gambar).




Ini pula super moist eggless cupcakes yg saya janjikan utk diri sendiri. Saya suka sgt chocolate cake ni. Sgt moist, sedap dan tak muak.

This time, saya taburkan badam di atas kek tu, lg sedap. Punah ranah diet saya disebabkan kek ni. Kalau ikutkan hati, mcm nak buat setiap hari je tp apb melihat diri di cermin, terus sedar diri yg saya ni dah semakin berisi sekrg. Sempat ke saya nak dptkan balik berat badan yg ideal sblm raya ni??????

Anak teruna nak sgt menolong Ibu buat kek. Punyalah seronok bila saya minta tolong dia susunkan bekas cupcakes ni. Abaikan keadaan meja yg bersepah tu ya.

Berebut-rebut Wildan dan Wafriy nak makan lebihan bancuhan kek coklat ni. Teringat pula semasa kecil2 dulu, saya pun mcm ni juga dgn abang dan adik saya.


Apa lagi ya janji saya? Nantilah saya try to recall dan tunaikan. Yg plg penting ialah janji saya nak spend more quality time with my dearest husband and heroes tu. InsyaAllah, yg itu tak akan saya lupakan.

6 comments:

  1. ingatkan durian d24 tadi gambar yang atas skali tu...he he...banyak janji pasal makanan jek nie..tak pe la,janji x gemuk...janji sihat...janji happppyyyyy...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Yong Kaz, mana ada majuk! Maaf lama tak mai sini, ada masa connection slow...ni nyongket pulak. Pe habaq? Waaah dah pandai buat stuffed potato! Tahniah. Kat Turki deme pun ada stuffed potato tp deme guna kenatng dah rebus/bakor dan inti dia dah siap, cuma kita pilih dan deme sumbat! Sedap nampak Kaz nuat!

    ReplyDelete
  3. "alhamdulillah,semuanya dah tertunai.rajin betul kaz ni...memang isteri dan ibu mithali la.."

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kaz,
    Banyaknya janji, tp alhamdulillah semuanya dah tertunai. Yang paling akak berkenan kat janji pada hubby tu la, stuffed potato, teringin gak nak rasa, meh pos sini sikit.

    ReplyDelete
  5. salam kaz..makasih sudi mencuba resepi tempe goreng k.atie....yg mudah blh la akak buat!hihi.Alhamdllh,byk 'janji' yg dah kaz laksanakn tuk family yer....

    ReplyDelete
  6. Bidadarindu: ada ke durian mcm tu? Bukan janji makanan aje, ada lg janji yg lain tp segan nak tulis kat sini, tunggu aje ya.

    Kak Halima: nice to see u back.Mesti sedap stuffed potato kat Turkey tu kan.

    Kak Pia: alhamdulillah, besar sgt pujian akak tu pd Kaz, InsyaAllah kaz cuba menjadi yg terbaik utk mereka.

    Kak Wattie: jemputlah mai rumah, nanti Kaz buat lg stuffed potato tu.

    kak Atie: sedap betul resepi tu, semua family Kaz suka.

    ReplyDelete

What say you?