Friday, May 6, 2011

Saya dah tukar....

Selama ni saya selalu risaukan kandungan gula yg diambil oleh anak2 saya. Bila saya tgk iklan susu yg cerita fasal gula tambahan sampai 13 sudu tu, lagilah saya susah hati. Saya check sugar content di dlm susu yg anak2 saya minum kat www.semakgula.com terus saya terkejut dan merasakan saya perlu ambik drastic action sekarang juga! Kalau nak tahu, anak2 saya kuat sgt minum susu, dalam sehari Wildan dan Wafriy minum paling kurang 7 botol setiap seorg. Bayangkan kandungan gula tambahan yg masuk ke dalam badan diaorg!

Sewaktu ke Tesco utk membeli barang2 keperluan , saya ambil masa lebih kurang sejam lebih utk survey dan buat perbandingan semua jenama susu yg ada kat situ. At last, saya beli susu jenama ni. Setakat yg saya lihat, susu ni mempunyai kandungan gula yg paling kurang dan yg penting tidak mengandungi sukrosa. Bila bancuh susu ni pada Wildan yg tersgt cerewet bab makanan dan minuman ni, dia terus tersedak dan luahkan balik susu tu, dia tanya "susu apa ni Ibu?". Saya terus explain kat dia fasal gula tambahan, fasal penyakit kencing manis, fasal kena potong kaki dan sebagainya, Alhamdulillah dia faham dan nak minum susu yg baru dibeli ni. Wafriy pula ok, dia tak kisah pun, janji susu tu kena perisa coklat.

Sekarang lega sikit hati saya. Setiap kali bancuh susu untuk kedua2 buah hati saya ni, saya taklah risau sgt fasal kandungan gula yg terlebih dan sebagainya.



3 comments:

  1. Bagus la tu...Kaz memang ibu yang prihatin.

    ReplyDelete
  2. Iye la,nak kena check jugak pas nie susu yg danish minum....tq kak share info nie..

    iklan wardina tu tgk, tapi x teringat plak nak check...

    ReplyDelete
  3. "kaz perasan tak,kebanyakan kanak2 skrg ni hyper smcm?..itu adalah tindak balas gula...ada yg kata,mana ada minum manis2...padahal gula tersembunyi dlm susu...kalau semua ibu prihatin mcm kaz..alhamdulillah..."

    ReplyDelete

What say you?