Saturday, November 13, 2010
Alhamdulillah, no 1 lagi.
Tiada apa yg lebih membahagiakan hati seorg Ibu selain daripada kejayaan dan kebahagiaan anak2nya. Alhamdulillah, Wildan dapat nombor 1 lagi dengan markah 100% untuk semua subjek iaitu Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pengetahuan Agama Islam. Sorrylah kalau saya ni mcm over sikit, anak dapat nombor 1 kat tadika pun nak happy, tp tak salahkan? Dulu semasa dia berumur 3 tahun dan dapat nombor 1 pertandingan mengutip gula-gula pun saya rasa nak menangis sebab seronok sgt, haha, agaknya mmg betul saya ni seorg ibu yg over.
Smg kecemerlangan ini dapat diteruskan dan yg paling penting sekali smg kejayaan ini akan lebih memberi semangat utk Wildan terus berusaha di dalam hidupnya. Congrats Wildan, Ibu dan Abah are so proud of you. Nanti Ibu hadiahkan Wildan toy Pokemon dlm kotak yg Wildan nak sgt2 tu ya.
Juga congratulations untuk kawan2 sepejabat yg anak2 mereka mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR. Antaranya ialah Kak Yati, Kak Noreha, Kak Jas dan Zurina. Bila nak buat kenduri kesyukuran ni, hehe? Mungkin betul kata sesetengah orang, apabila kita menjadi seorang guru dan kita mengajar anak orang lain dgn bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan, InsyaAllah anak2 kita juga akan diajar sebegitu rupa oleh guru-guru mereka. Harap-harapnya begitulah ya. Tapi apa yg saya perhatikan, kawan2 saya ni pun mmg sgt2 komited dlm mendidik dan memberi semangat kpd anak2 mereka utk berjaya. Ada yg sampai ambil cuti untuk menemani anak mereka ketika mengambil exam. Ada yang berusaha download online notes utk anak2 mereka belajar. Ada yg bersusah-payah carikan guru tuisyen terbaik untuk mengajar anak2 mereka walaupun mereka terpaksa menunggu lama di pejabat untuk menunggu anak2 habis belajar dan macam2 lagilah. Semuanya ini menjadi inspirasi dan dorongan kepada saya utk melakukan yg sama untuk anak2 saya nanti. Betullah kata orang putih, Nothing Good Comes Easily.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kaz, anak2 kalau dah menunjukkan kejayaan gini dr awal, insyaallah akan berterusan hingga ke peringkat lebih tinggi.. insyaallah..
ReplyDeleteparent pun kena bg back up utk dia.. insyaallah dia akan menjadi pelajar cemerlang nanti..
tahniah dr k.nor :)
Terima kasih Kak Nor, alhamdulillah, sebagai ibu ni Kaz cuba membuat yg terbaik utk mereka dan pastinya setiap parents impikan kejayaan anak2 mereka di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteSalam Kaz,
ReplyDeletehe he...kalau mak tak bangga, sapa lagi. Tahniah, ni mesti mak dia rajin buat revision dgn anok2!
tahniahh kaz..insyaAllah kecemerlangan tu akn berkekalan..
ReplyDeletedah lama tak singgah blog teacher ;) tahniah sebab anak teacher dapat nombor satu =)
ReplyDeleteTq Kak Halima, Talha dan Iznul. Alhamdulillah, syukur pd Allah.
ReplyDelete