Bersama abang kesayanganku Ayish. Dulu kecil2, kami selalu bergaduh. Aku pernah mengakibatkan salah satu jari tangannya hampir terputus tp aku pun tak ingat bagaimana ianya terjadi. Semasa kecil dulu kami juga sering dibandingkan dari segi kecemerlangan akademik di sekolah dan ketika mengaji Quran. Ayish selalu mendapat nombor 1 dlm setiap peperiksaan sekolah dan juga sgt terang hati ketika mengaji Quran. Aku pula tak tentu, kadang2 nombor 1 tetapi kebanyakannya nombor 2, 3 dan pernah juga nombor 5 dan 8. Aku juga kerap dirotan ketika mengaji Quran di depan Ayish dan bila balik rumah dia akan menceritakannya pada mama. Kami sama2 mengambil jurusan yg sama ketika di UKM dan sekrg pekerjaan kami juga sama cuma di tempat yg berbeza.
Ini dia kakak iparku, Kak Eeja. Cantik dan tegas orangnya. Dulu Kak Eeja turut bekerja di dlm bidang pendidikan tetapi kini sudah terlibat di dlm bahagian pentadbiran dan pengurusan.
Ini anak kesayangan Ayish dan Kak Eeja, Muhammad Emil Shafiq. Dah nak masuk darjah 3. Emil ni menjadi idola Wildan, apa yg dia buat semua Wildan nak ikut.
Tak sempat nak ambil gambar dgn satu-satunya adik kesayanganku ni, Ayush. Semasa kecil dulu, aku mmg sgt rapat dgn dia. Ke hulu ke hilir aku bawa dia, nak main dgn kawan aku pun aku bawa dia, nak pi picnic dgn kawan2 pun aku bawa dia, ada latihan bola jaring kat sekolah pun aku bawa dia. Kami bersekolah rendah dan menengah di sekolah yg sama dan ketika habis SPM, dia pun dapat offer utk further study di UK dlm jurusan yg sama dgn aku dan Ayish iaitu TESL tp dia menolak kerana tidak mahu menjadikan guru sebagai tradisi pekerjaan keluarga. Sekrg dia bekerja sebagai penolong kurator, mmg jauh menyimpang dari pekerjaan aku, Ayish dan juga mama.
Yang comel dan kecil molek ni Leez, adik ipar aku. Respect dgn Leez ni kerana memilih utk menjadi suri rumah walaupun ada degree.
Ini dia Muhammad Dhani Andra, anak kesayangan Ayush dan Leez. Glamour habis nama dia sebab kedua2 Ba dan Mummy dia peminat penyanyi Indonesia tu.
No comments:
Post a Comment
What say you?