Monday, November 29, 2010

Mengidam....


Dah lama kawan saya Syikin, minta saya masakkan dia daging goreng. Orang tgh pregnant kan, mcm2 lah yg diidamkannya. Hari tu dia nak makan sandwich sardin, yg tu saya dah buat cuma tinggal satu aje lagi yg masih belum sempat saya buatkan iaitu ikan bawal putih masak stim. Susah pula nak cari ikan bawal putih kat SP ni. Sahabat saya ni dah kematian ibu dan ayah, suaminya pula tinggal di KL. Saya dah anggap dia macam adik sendiri. Kelmarin, sebelum ke kenduri, saya masakkan dulu daging goreng ni untuk dia.

Mama saya cukup particular bab "org pregnant sebut nak makan apa2 ni". Bagi mama apa sahaja yg org pregnant sebut teringin nak makan atau pakai atau apa sajalah, kita kena tunaikan. Semasa kat Parit Buntar dulu, kalau ada jiran2 atau anak2 jiran yg pregnant, mama pasti akan hantar sekurang2nya sepiring kecil apa yg dimasaknya. Kata mama, manalah tahu kalau mereka terhidu bau masakan tu dan teringin tetapi malu nak minta sendiri. Yg lebih touching bila Mama kata, manalah tahu kalau esok2 mama dah tak ada dan ada anak atau menantu mama yg mengidam nak makan apa2, smg berkat apa yg mama buat tu, orang lain akan kabulkan permintaan anak dan menantu mama. Mulia betul hati Mama saya ni.

Mungkin disebabkan itulah, ketika saya pregnantkan Wildan dan Wafriy, setiap benda yg saya sebut dan inginkan akan ditunaikan bukan saja oleh mama dan suami tetapi juga kawan2 di sekeliling saya. Sebutlah apa pun, pasti ada yg akan usahakannya. Bukan saja kawan2 yg berbangsa Melayu, malahan my Chinese and Indian friends pun turut sama memanjakan saya. Rezeki saya agaknya, berkat doa dan hati mulia mama....

Yang ini pula saya yang "mengidam" nak makan. Tapi mengidam saya tak ada apa2 kena mengena dgn pregnant. Saya teringin nak makan ikan siakap masak stim. Kat SP ni ikan siakap masak stim ni cuma dijual sebelah malam, malaslah pula saya nak makan sebelah malam, berat badan yg naik sejak raya hari tu sampai sekrg tak turun malahan semakin bertambah. Bila suami ke Econsave hari tu, dia ternampak ikan ni dan terus teringat saya teringin nak makan. Yg tak bestnya kat Econsave tu diaorang tak boleh tlg siang ikan tu, so berhempas pulaslah saya dgn pisau yg setakat mampu potong sayur dan buah tu saja menyiang ikan yg agak besar ni. Harga seekor ikan ni cuma RM 10 aje ttp yg hairannya kenapa kalau kita makan kat restoran, diaorg boleh mark up harga ikan tu sampai RM 35 -RM 45 seekor? Lebih baiklah beli dan masak sendiri kan.


Walaupun teringin nak masak stim tetapi memandangkan suami dan bapa mertua yg kebetulan ada di rumah tak berapa suka, saya goreng dan masak asam aje. Masakan ni mmg favourite semua orang termasuklah arwah ibu mertua saya semasa hayatnya dulu.

Walaupun ikan siakap masak asam ni sedap rasanya, saya masih tetap "mengidamkan" ikan siakap masak stim. Kena tunggu next weekend lah nampaknya.

5 comments:

  1. bestnya!! kalau mcm tu fizin pun nak mengidam sama - dulu2 ina ada sebutkan ina pandai buat nasi daun kemuni ke atau nasi ulam?

    nampak sedap aje daging tu! bila2 bolehla pos kan kat terengganu nie he..he..

    ReplyDelete
  2. wawah untungnya kalau dok dekat ngan akak kan..kalau ngandung leh laa manja2 mintak apaper teringin..hehee..baik ati mak akak..alhamdulillah rahmatnya turun pada anak2..

    ReplyDelete
  3. nie x aci nie..nak mengidam gak la..ngidam,kambing masak kurma....makan ngan nasi beriani hira' yang kat mekah dulu...pergghhhh....

    cam mane tu?? ngidam nasi beriani kat mekah...kena sponsor tiket flight nie...he he he...

    ReplyDelete
  4. Salam, hmm ngape tak masak ikan siakap tu satu stim, satu masak asam? Buleh semua orang rasa menu kegemaran. Begitu akak selalu buat, 2 menu berasingan dr bahan yg sama supaya semua org dpt makan. Weh Kaz mmg kawan yg baik kpd sahabat dia. Allah rewards U!

    ReplyDelete
  5. Fizin, mama awnee, bidadarindu dan Kak Halima,

    Alah, setakat nak makan yg simple2 tu bolehlah tlg buatkan, kalau yg nak kena seberang 7 lautan atau daki 7 gunung tu kena cari sendirilah kan.

    ReplyDelete

What say you?