Monday, November 1, 2010

Akhirnya Wildan dan Wafriy Naik Bas

Alhamdulilah, perancangan nak bercuti ke Shah Alam dengan MENAIKI BAS berjalan dgn lancar. Aku sekeluarga baru je sampai dari Shah Alam petang tadi. Sambil unpack dan membasuh, aku upload dulu gambar2 kat dlm blog. Alhamdulillah, anak2 mmg happy sepanjang berada di atas bas dan juga sepanjang berada di Shah Alam. Aku? Memang letih jgn nak cakaplah, dalam bas pun bukan boleh lena. Bila Wildan lena, Wafriy masih berjaga dan perlu dilayan, bila Wafriy dah terlena, Wildan pula bangun dan ajak bersembang. Takpa, takpa, yg penting anak2 happy.


Ni semasa menunggu bas kat stesen bas SP. My friend, Shikin yg tolong ambil dari rumah dan hantar kat stesen.Bas sampai agak lambat. Wildan dan Wafriy semakin restless dan asyik dok bertanya "mana bas ni?"

Posing dulu ya Wildan and Wafriy. Dah berpeluh-peluh mereka berdua masa ni sebab mmg tak duduk diam langsung.
Atas bas. Dapat seat depan, first and second row. Plan asal Wildan duduk dgn mama, Wafriy duduk dgn aku, last2 ikut suka hati mereka je, sekejap ke depan, sekejap ke belakang, at one time, kedua-duanya duduk dgn aku.





Wildan tertidur semasa kat Taiping lagi dan bangun semasa di Rawang, lama jugalah dia terlena. Wafriy pula langsung takda tanda2 mengantuk, dia punyalah aktif, sekejap duduk dgn mama, sekejap duduk dgn aku. Dah sampai Tapah, baru dia terlena ttp terjaga semula kat Rawang.



Aksi-aksi yg menunjukkan mereka semakin boring duduk dlm bas. Sekejap2 mereka bertanya "bila kita nak sampai ni Ibu?" atau "lambat lagi ke Ibu?". Nak dijadikan cerita, ketika sampai di Jalan Duta, kami kena tukar naik bas lain sbb bas yg dinaiki tadi rosak breknya. Nasib baiklah tak jadi apa2. Bila dah naik bas lain, bas ni pula gi Klang dulu sebelum ke Shah Alam dan disebabkan traffic jam yg agak teruk, mmg kami sampai agak lewat. Nasib baiklah Wildan dan Wafriy tak buat perangai walaupun aku tahu mereka sangat letih, boring dan juga lapar.


Ni pula gambar2 yang diambil semasa naik bas utk balik semula ke SP pagi tadi. Kali ni suami ada bersama, so rasa secured sikitlah.

Wildan batuk teruk dan hampir2 kena asma pagi tadi. Nasib baik ada bawa bekalan ubat dia. Abangku Ayish juga bg petua suruh letak minyak panas kat kedua2 tapak kaki dia selain dari dada dan belakang badan. Alhamdulillah, dia beransur pulih selepas tu.




Mamaku yg peramah sangat ni dapat kawan baru atas bas. Dari Shah Alam ke SP mereka berbual dari topik anak2 hinggalah politik, hehe.

Suami kena duduk kat tingkat atas sbb tempat kat tingkat bawah dah penuh walaupun dari awal lagi kami dah booking semua seat kat bawah. Kebetulan tadi ada old couple yg isteri dia tak dapat naik tangga sebab sakit lutut mcm mama juga. So suami beralah dgn memberi seat kat bawah kpd husband makcik tu. Wildan dan Wafriy apalagi, kejap nak duduk bawah, kejap nak duduk atas.

Sekali lagi syukur Alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar dan selamat. Walaupun tak dinafikan aku letih sedikit ttp aku gembira sbb anak2 dah dapat apa yg mereka hajati selama ini.

2 comments:

  1. lega bila anak2 dah rasa naik bas kan? kalau x, depa akan tuntut sampai kita x larat nak dengar.

    ReplyDelete
  2. Betul tu Fizin, walaupun naik bas ni mcm takda benda je bg sesetengah org tp anak2 ina punyalah teringin sampai setiap hari dok tanya bila nak bg depa naik bas.

    ReplyDelete

What say you?