Salam, lama ya saya tak update blog ni. Biasalah kalau ada apa2 occasion contohnya raya atau kenduri, orang perempuan lah yg paling sibuk. Memang saya sibuk pun, hari ni baru boleh bernafas sikit tapi dah mula bekerja. Cuti raya haji bermula dari hari Rabu hingga ke Ahad tu memang sentiasa dipenuhi dgn pelbagai aktiviti dan hampir kesemuanya melibatkan aktiviti bersama saudara-mara.
Setelah solat raya, saya sekeluarga balik ke kampung suami di Penang. Ikutkan hati saya teringin sangat nak balik ke kampung sendiri di Parit Buntar tapi suami kata lain kali sajalah. Mula2 tu memang dah nak tersentap jugalah tapi bila difikirkan semula, saya faham kenapa suami kurang setuju. Sejak Mama tinggal bersama saya untuk rawatan fisioterapi, rumah tu terbiar kosong. Dah lama kami semua tak balik ke sana. Kalau balik, sekurang-kurangnya sehari suntuk kena mengemas dan bersihkan rumah tu. Saya dan anak2 pula sgt allergik dgn habuk, silap2 boleh terkena asma ketiga2 beranak. Cuti pula sgt limited, kami kena pulang semula ke SP pada hari Jumaat sbb ada nak buat renovation sikit kat pagar rumah. So kalau setakat dua hari tu mmg tak berbaloilah nak balik Parit Buntar. Apapun, saya berharap sangat agar dapat balik ke sana, biasalah kan, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat saya membesar.
Sejak dua tiga hari ni saya rasa badan kurang sihat sikit, nak kata sebab makan byk daging tak juga. Walaupun saya banyak masak daging korban utk tetamu dan family, saya cuma makan sikit je. Memang saya kurang gemar makan daging. Badan ni macam seram sejuk je, kepala pun pening, perut pun tak selesa. Nak makan panadol pun tak boleh sebab saya ni allergik dgn panadol. Tahan ajelah. Harap2 tak melaratlah ya.
salam ina..uda pun dah lama x post komen kat blog ina ni kan. rindu pulak..rindu kat tuanpunya blog jugak. lama x jumpa. uda macam dah kekeringan idea nak tulis ( mcm nak tulis blog..hehe )bila dah so engrossed membaca last-last xtau nak komen apa ~_^ okay la thats all for now. adious..
ReplyDeletekak,burger daging makan x?
ReplyDeletekawan bidadarindu nie,udang dia x makan,macam ulat gonggok katanya,tapi kalau udang goreng tepung kfc dia makan...he he he..
ada sorang lagi nie,ikan2 semua dia x makan,tapi sardin dlm tin dia makan plak...pelik2...
si danish pulak,coklat2 dia makan,roti krim coklat dia x makan,roti krim lain2 dia makan plak..telur mata yang kuning x makan,telur dadar semua makan....bertuah punya anak...
memang kan kak..orang perempuan selalu2 pun sebuk...takyah tunggu ada raya ke kenduri baru nak sebuk...da memang ari2 pun sebuk..
ReplyDelete