Dah lama sangat dok enjoy dan makan angin. Sekarang aku kena mula berpijak pada bumi yang nyata. Aku cuma ada 6 hari saja lagi untuk membuat persiapan sebelum menduduki paper pertama utk final examku bagi semester 3 ni. InsyaAllah, perjuanganku bersambung semula dengan rasminya pada hari ini. Paper kedua pula ialah pada 16 November, sehari sebelum hari raya haji. Ntah apa2 USM ni buat exam pada hari tersebut, dahlah exam start pukul 2. Takkanlah diaorang tak perasan hampir kesemua students yg menduduki paper tu ialah isteri dan juga emak orang. Mana dgn nak fikir fasal rendang dan ketupat, nak fikir fasal exam lagi.Dah tu bukan calang2 paper, banyak yg nak kena baca, banyak yg nak kena tahu especially teori2 dan dasar2 kerajaan dlm pendidikan dan pembangunan. Aduh....
Apapun, aku perlu bekerja keras bermula dari sekarang. Habis saja exam, aku perlu bertungkus lumus menyiapkan tesis aku yg sudah agak lama terbiar tu. Walau apapun terjadi, aku akan pastikan aku menghabiskan study aku ni tepat pd masa yg aku sasarkan iaitu 2 tahun.
Smg Allah sentiasa bersamaku dan memudahkan segala urusanku. Untuk suami dan anak-anak, InsyaAllah cuma tinggal lagi 6 bulan saja untuk Ibu melakukan sesuatu utk diri Ibu sendiri. Selepas itu, seluruh kehidupan dan jiwa raga Ibu hanyalah untuk membahagiakan dan bersama Abang dan juga anak-anak. InsyaAllah.
Good luck teacher!
ReplyDeletegud luck jugak..setiap pengorbanan yang dilakukan pasti ada pembalasannya..
ReplyDeleteTq Iznul and Bidadarindu.
ReplyDelete