Saturday, January 29, 2011

Carrot cake pula

Dah lama benar saya tak update blog. Memang tengah tersgt2 busy dgn kerja2 kat ofis. InsyaAllah, lagi 2 minggu English Week 2011 akan dijalankan kat kolej dan saya sbg Penyelaras program mmg tak menang kaki, tangan dan fikiran. Syukurlah ada kawan2 yg membantu especially Kak Yati, Shafiq dan juga English lecturers yg lain. Tahun lepas kami jemput Yuna utk closing night, kali ni kami jemput Aizat pula. Dia ada kriteria yg kami perlukan- smart, clean image, highly motivated, educated dan boleh speak English. Hopefully semuanya ok lah, dah berminggu2 dok struggle dgn program ni sampai thesis dan study saya pun entah kemana.

Petang ni saya bake carrot cake utk memenuhi permintaan Mama pula. First time saya try resepi ni yg saya ambil dari blog tp saya dah tak ingat blog yg mana. Kek ni sesuai utk health conscious dan juga org yg sakit. Sebabnya bahan2 yg digunakan spt canola oil (ganti butter), brown sugar, omega egg dan juga apple mmg healthy and nutritious. Rasanya pun sedap, kurang manis dan sgt moist.

Sorrylah ya, gambar tak clear, setakat camera phone yg 3.2 megapixel je, tu yg jadi mcm ni.

Saturday, January 22, 2011

Minum petang

Dah lama dua hero kesayangan saya minta saya buatkan chocolate cake utk mereka, setiap kali saya buat cheese cake, mereka akan complain 'Ibu ni asyik buat cheese cake saja, buatlah chocolate cake pula". So, petang tadi saya tunaikanlah hajat buah hati pengarang jantung saya ni.






Saya guna resepi chocolate cake yg biasa saya buat dulu2 cuma toppingnya saja saya follow Kak Yati dari Sinar Kehidupan. Memang sedap and very rich. Yang penting, selain dari suami dan mama saya yg kata sedap, anak2 saya pun sukakannya. Paling terkejut bila Wildan boleh habiskan dua keping choc cake ni, dia ni kan susah sikit bab2 makan ni.


Tu dia Wafriy, makan sampai terbaring. Comot habis anak Ibu yg semakin chubby ni.
Saya paling seronok bila tgk Wildan yg such an extreme picky eater makan kek ni. Rasa berbaloi penat lelah kat dapur tu.

Mainan, mainan, mainan




Aduh...mcm mana Ibu dan Abah tak membebel, mcm mana Ibu dan Abah dah warning tak nak beli toys lagi.... sebabnya inilah. Beli toys mahal2 tapi tak berapa lama, ada yg dah tercabut kepala, ada yg dah tercabut tangan, ada yg tercabut kaki, ada yg tercabut ekor. Bila dah tercabut semua tu, langsung takda perasaan guilty, sebab mereka tahu mereka senang dapat semua tu (ni kata2 suami saya). Suami saya kata anak2 ni perlu diajar utk bersusah payah mendapatkan sesuatu, barulah mereka akan tahu menghargainya. Memang betul apa yg suami saya cakap tu tapi entahlah setiap kali mereka hendakkan mainan, rasa tak sampai hati pula kalau tak beli. Tapi saya dan suami mmg tak manjakan anak2 dgn mainan2 mahal, kami beli setakat yg patut saja. Yg selalu berhabis duit belikan mainan mahal2 kpd anak2 saya ialah Dadi mereka (my mom). Bila saya larang, Mama akan kata, "takpalah, ni kan cucu2 mama, kesian kat depa". Hmmm...habis tu saya nak kata apa?????

p/s: Untuk birthday mereka tahun ini, Wildan nak satu set mainan Ben 10 Alien Force yg berharga hampir RM 200. Wafriy pula nak patung Ultraman yg paling besar tu berharga hampir RM 100. Hehe... nantilah Ibu slow talk dgn Abah ye......

Tuesday, January 18, 2011

Cikgu kesayangan

Sewaktu menziarahi jenazah anak jiran saya di PB, saya terjumpa dgn seseorang yg dah lama tdk saya temui. Inilah dia cikgu kesayangan saya yg mengajar subjek BI semasa saya di Darjah 2 di SKSKI dulu. Nama cikgu ni agak unik iaitu Cikgu Aim Bin Untung. Kali terakhir saya bertemu dia ialah ketika hari kenduri perkahwinan saya. Cikgu Aim hadir dan datang berjumpa saya di bilik pengantin. Ketika itu saya mencium tangannya dan hampir menitis air mata ni kerana wajah Cikgu Aim ni hampir sama dgn arwah bapa saya, malah dia juga merupakan salah seorg sahabat baik arwah bapa saya sewaktu hayatnya dulu.

Alhamdulillah, di usia 72 tahun dan setelah 18 tahun berpencen, Cikgu Aim masih dikurniakan Allah kesihatan yg memuaskan. Mungkin itulah berkatnya hidup seorg guru yg terlalu byk jasanya. Semasa di sekolah rendah dulu, Cikgu Aim ni lah antara cikgu favourite saya sbb dia ni kelakar dan caring walaupun adakalanya dia ni garang juga (bukan dgn saya lah).

Semoga Allah terus merahmati Cikgu Aim dan juga semua cikgu saya sama ada yg masih hidup atau yg telah kembali ke rahmatullah. Saya berbangga kerana saya mengikut jejak mereka menjadi seorang GURU.

Sunday, January 16, 2011

Happy Birthday Abang!

Happy birthday to my other half a.k.a my beloved husband. Smg panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik, terus sukses dalam career dan hidup dan semoga terus setia dan sabar bersama saya dan anak2 melalui kehidupan ini.

Walaupun birthday suami saya ialah hari ni tetapi saya 'paksa' suami potong kek semalam juga. Tak sabar nak tgk kek yg saya buat tu menjadi atau tidak dan tak sabar nak bagi hadiah.

Ini dia cream cheese cake yg saya buat dgn penuh kasih sayang utk suami saya. Ni mmg favourite suami dan juga seluruh family saya. In fact, cheese cake ni lah yg saya bawa sbg buah tangan ketika first time dibawa bertemu dgn keluarga mertua. Dah lama saya tak buat ttp since dah ada oven baru ni, InsyaAllah saya akan tunaikan permintaan family dan kawan2 yg dah lama dok bertanyakan cheese cake ni.

Seperti biasa, budak kecik ni akan sentiasa 'memeriahkan' suasana. Tak habis2 dia bertanya "bila nak celebrate birthday Wafriy pulak?".

Hadiah utk suami tercinta. Yg kat atas sekali tu dari Mama, yg kedua tu dari saya dan yg ketiga tu dari anak2.

Untuk suami tersayang, Ibu, Wildan dan Wafriy sgt2 menyayangi dan mengasihimu sepenuh hati. May we live happily forever and ever in this world and hereafter.

Friday, January 14, 2011

Tazkirah Jumaat


Rasulullah SAW pernah bersabda :

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada)"nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :

" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,


- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
STPM, IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .

Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)

Caranya :
'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Wednesday, January 12, 2011

Jom try


Ni GA yg dianjurkan oleh my favourite blogger Kak Atie di http://azatiesayang.blogspot.com/. Nampak interesting sbb syarat dia mudah dan tak memeningkan kepala.

Let's try our luck.

Saturday, January 8, 2011

My new oven

Surprise dari suami saya tghari tadi, dia mmg tahu saya dah lama nakkan oven sbb oven yg lama tu dah byk ragamnya. So inilah dia:


Bestnya bila suami bawa balik oven yg baru dibelinya tadi. Bolehlah saya bakar kek spt kawan2 blogger saya yg lain especially Fizin kat blog sini tu. Macamlah byk sgt masa yg saya ada ya.



Terus saya bersemangat nak buat kek, memandangkan bahan2 yg ada kat dlm fridge tu pun terhad, saya cuma boleh buat butter cake je tp saja saya tambah cheddar cheese kat atas tu. Kek jadi elok dan sedap cuma rasanya saya terletak cheddar cheese tu awal sgt, tu yg nampak garing sikit.

Nak tahu sedap tak sedap, suami saya yg sedang berdiet tu pun makan bertambah2, maksudnya mmg sedaplah tu kan.

Tq so much Abang.

Congrats Abang!



Congrats to my beloved husband kerana dapat first place untuk KMPP Toastmasters Club International Speech Contest 2010/2011 yg diadakan beberapa hari lalu. Alhamdulillah, such a lovely beginning untuk tahun 2011 ni, semoga Abang akan terus berjaya di dalam setiap apa yg Abang lakukan. Sebagai isteri, saya sangat2 berbangga dgn kejayaan suami saya.

Kalau diikutkan cerita dari arwah mak mertua saya, sejak kecil lg suami saya ni mmg sentiasa menang setiap pertandingan bahas atau debate yg disertainya. Walaupun hakikatnya suami saya ni pendiam orangnya (berbeza sungguh dgn isteri dia ni), tetapi bila buat presentation (termasuklah menyanyi) dia mmg boleh buat orang ternganga. Suami saya sgt mengharapkan agar ada antara anak2 kami nanti mewarisi minat dan bakat dia dlm bidang syarahan atau debate ni. InsyaAllah......

Tuesday, January 4, 2011

Anak-anak Ibu yg soleh, Amin....

SURAH AS-SAAFAT AYAT 100

رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙ‰ Ù…ِÙ†َ الصَّـلِØ­ِينِ

“My Lord! Grant me (offspring) from the righteous.”

Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh.




Alhamdulillah, anak2 Ibu dah start ke kelas mengaji Quran. Yg paling excited tentulah Wafriy, setiap malam dia bertanya, "bila nak pi mengaji ni?". Tapi Wafriy ni masih dlm tempoh percubaan kat kelas mengaji tu. Sebenarnya Ustazah tu tak nak terima budak berusia 4 tahun tapi saya yg beriya-iya memujuk Ustazah tu supaya terima Wafriy sbb dia nampak dah berminat sgt nak belajar mengaji. Ustazah tu kata dia nak try tgk Wafriy dulu, kalau Wafriy ok, tak menangis, tak buat perangai dan boleh follow apa yg diajar, Wafriy boleh terus mengaji kat situ. Puas saya berdoa siang malam agar Wafriy diterima, setakat 2 malam ni nampak dia ok lah, harap2 berterusanlah hendaknya.

Sewaktu first night hantar mereka ke kelas mengaji tu, hati saya rasa sebak sangat2. Entahlah saya pun tak tahu apa yg saya rasa, sedih ke, happy ke, terharu ke... Kebetulan saya dan suami ada barang yg hendak dibeli, kami ke Econsave sementara menunggu anak2 habis mengaji. At first saya terfikir bolehlah saya shopping dgn aman dan tenteram malam tu.All this while, setiap kali shopping mmglah saya sibuk terjerit-jerit, "Wildan, don't touch that thing", "Wafriy, jgn lari, "Wildan, baik2 nanti jatuh, "Wafriy, come here" dan mcm2 lagilah. Tetapi hakikatnya bila sampai kat Econsave tu saya rasa sgt lost and lonely tanpa kedua2 hero saya tu. Rasa nak menangis pun ada especially bila tgk orang lain shopping dgn anak. Saya rasa langsung takda mood nak beli apa pun. Saya asyik ingatkan anak2 saya dan asyik tanya suami "dah pukul berapa ni Bang?" sebab tak sabar nak gi ambil mereka pulang. Entah apa2 saya ni kan. But the truth is saya memang tak boleh hidup tanpa anak2 saya. Biarlah saya terpaksa terkejar-kejar dan terjerit-jerit bila bersama mereka but that is the beauty of my life. Syukurlah kerana saya dikurniakan Allah dgn anugerah dan harta yg paling bernilai ini.

Semoga mereka menjadi harta yg menguntungkan kami suami isteri di dunia dan akhirat nanti. Amin.

p/s: Petua dari seorg kawan saya, selalu panggil anak2 kita dgn panggilan " anak2 Ibu/abah yg soleh/ solehah". Contohnya "anak Ibu yg soleh ni dah makan?" atau " cantiknya baju anak abah yang solehah ni". InsyaAllah, kata2 itu adalah satu doa yg mustajab dari ibu dan bapa dan kita akan dapat lihat perubahan yg positif pada anak2 kita nanti.

Saturday, January 1, 2011

Ku mohon


Salam. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua. How time flies....mcm baru beberapa hari je sambut 2010, sekrg dah 2011. That's how it is, pejam celik pejam celik, everything changes. Kalau kita terleka, maka kitalah yg akan rugi. Time will pass no matter what, terpulanglah pada kita on how we want to spend the time. Alhamdulillah, 2010 berlalu dgn indah for me and family walaupun kami juga diuji dgn dugaan paling hebat apabila saya kehilangan ibu mertua yg sgt saya kasihi pada bulan Mac yg lalu. . Syukurlah for the kemurahan rezeki yg Allah bagi and the most important is tiada masalah kesihatan yg serius as what we faced in 2007 and 2008. Smg tahun ini akan lebih gemilang dan cemerlang dari sebelumnya, InsyaAllah.

This year Wildan dah nak masuk 6 tahun and Wafriy 4 tahun. Dah besar ya anak2 Ibu ni. Wildan will still be in the same kindergarden and Wafriy at the same nursery. Pada sebelah malam, kedua2nya akan start kelas mengaji Quran kat kawasan perumahan ni. Tinggilah harapan Ibu agar anak2 Ibu ni akan menjadi anak2 soleh dan pengamal Al- Quran di dlm hidup mereka. Cabaran membesarkan anak di zaman ini adakalanya membuatkan saya takut sama ada saya dan suami akan berjaya mendidik kedua2 khalifah amanah Allah ini dgn sempurna. InsyaAllah, dunia kita cari, akhirat jgn sesekali dilupai kerana itulah destinasi kita.


Not forgetting, tahun ni juga tahun yg teramat critical utk saya. Dgn beban kerja kat office yg semakin bertambah dan demanding dari hari ke hari, my full responsibility as a wife, a mother, a daughter, a teacher plus nak habiskan my study dan thesis, adoiiiiiii............saya harap saya tak 'mati' kat tgh jalanlah. InsyaAllah, lepas habis study bulan Mei ni, bolehlah plan utk hadiahkan Wildan dan Wafriy seorang adik pula. Doakanlah saya dapat baby girl ya, saya teringin sgt nak baby girl. Teringin nak pakaikan dia gaun kembang yg cantik2 dan ropol2 tu, letak riben dan sepit rambut yg comel2 dan beli mainan Barbie doll dan Baby Alive, haha (selama ni asyik dok beli mainan ultraman, power rangers dan ben 10 je). InsyaAllah, smg Allah penuhi hajat saya ni.

Smg Allah terus memberi kebahagiaan hidup untuk saya dan suami yg sangat saya cintai. Smg kami terus diberi keupayaan, kesihatan yang baik dan rezeki yg murah utk menjalankan tanggungjawab kami bukan sahaja utk satu sama lain dan anak2 kami tetapi juga untuk ibu bapa kami. Smg ibu dan bapa kami juga terus diberi kesihatan yg baik dan diberi peluang untuk masih lagi bersama kami. Apa yang kami kecapi kini sudah pastinya berkat dari doa restu yang tulus dari mereka.

Ku Mohon by Sheila Majid.
Setiap hari ku
mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku