Tuesday, May 31, 2011

My Little Darling Is Now 4

Happy birthday my beloved son, Wafriy. Thank you for coming into our lives and your presence has brought along an endless happiness and joy to all of us. May Allah protect you under His barakah and blessings and may all the things that you dream for will become a reality.



Birthday presents from Ibu, Abah, Dadi and Abg Wildan.



Birthday cake that I baked with full of love to my loved ones. Mesti orang gelak tgk kek yg tak kreatif and the funny part is belum lg dikeluarkan dari baking tray. Actually kek ni masih lg panas, keluar je dari oven terus saya letak topping dan decoration yg tak seberapa tu. Sebabnya??? Anak2 dah tak sabar nak potong dan makan kek. Seriously, chocolate cake ni mmg sedap. Resepinya saya dapat from a friend who used to work as a chef at the hotel. Nanti bila2 saya upload resepinya kat sini.

Birthday boy berposing.
The two brothers- buah hati pengarang jantung saya.

Kelmarin buat sedikit kenduri kesyukuran sempena Wafriy's birthday kat nursery. Pesan arwah nenek saya, kalau nak sambut birthday anak, buatlah kenduri kesyukuran dan niatnya perlulah betul iaitu untuk menjamu makanan atau berkenduri kpd tetamu yg datang. Jangan sesekali buat jamuan dengan niat atau cara tertentu utk membuatkan tetamu rasa 'terpaksa' utk membeli hadiah kpd anak kita krn ini mungkin akan membebankan mereka.

Wafriy dan kawan2 kat nursery.

Birthday boy yg tak berapa sihat sebenarnya.


Birthday cake ni ditempah dari Kak Wattie. Sedap kek Kak Wattie ni, gebu dan lembut. Wafriy yg pilih nak gambar Spiderman dan Alhamdulillah dia suka dgn kek yg dibuat oleh Kak Wattie ni. Dah lama saya dok membaca blog dan admire hasil tangan Kak Wattie, at last dpt juga merasainya sendiri. Tq ya Kak Wattie.


Kalau saya tanya dia, "Wafriy anak Ibu yg apa?" Wafriy akan jawab "Anak Ibu yg comel, montel, tembam, bijak, sihat dan soleh". hehe, cute!

Wildan muncung aje, tgh tunjuk perasaanlah tu.





Bersama Kak Sue, pengasuh Wildan dan Wafriy di nursery sejak mereka berumur 2 bulan sehingga kini.

May Allah shower you with love, health, wealth, success and happiness throughout your journey of life, Wafriy. Ibu will always pray for you in whatever you do. Ibu loves you so very much Sayang.

Monday, May 30, 2011

Syukurlah.....

Alhamdulillah, akhirnya boleh juga saya sign in kat blog kesayangan saya ni. Dah berhari-hari saya 'berhempas pulas" berusaha utk log in tp tak berjaya. Mcm2 cara saya try tp tak boleh. Bukan setakat nak log in, nak komen kat blog kawan2 pun tak boleh. Punyalah frust sbb kebetulan byk jugalah 'benda' yg nak di upload dan dikongsi. Katanya ada problem dgn Google account, dah verify segala tp tak boleh juga. Sekrg ni kalau ada yg tanya saya mcm mana saya buat sampai boleh log in semula, saya sendiri pun tak ingat sebab mcm2 yg saya buat. Apapun, syukurlah saya dah boleh log in. Blog ni walaupun tak seberapa tp sgt meaningful buat saya. Kat sini saya berhubung dgn kawan2 lama, kat sini saya dapat kawan2 baru dan kat sini saya dapat byk info dan yg paling best resepi2 yg baru.

Nanti saya upload dan update kemudian, sekrg waktu bekerja, tak berani nak mengadap blog lama2. Apapun, saya sgt2 bersyukur dan lega....

Sunday, May 22, 2011

And they said all the good things will come to an end...



Dear Wei Li,
After 11 years of knowing you, I would say that it is not easy to say goodbye to you. But as cliche as it sounds, we know that life has to go on and nothing could ever stop that.

Thank you for being a big sister, a teacher (I have learned a lot from you), a confidante, a friend, a motivator, a listener, an advisor and everything to me. Thank you for sharing the joy and pain that I have gone through in my life. Thank you for the endless support and encouragement that you gave me in whatever I did and finally, thank you for all the sweet and fond memories of being together.

I wish you all the best and good luck in whatever you do and may you find joy and happiness waiting for you in every single step you make. I will surely miss you Wei Li.

Goodbye My Dearest Friend

By: Leilani Hermosa Petersen

The hardest part of any friendship
is when it is time to say goodbye,
and even though I wished I could make you stay,
I know I got to let you spread your wings and fly.

For life is a journey that needs to be travelled
and I am certain you'd make it through,
I just want you to know and never forget
that I will surely miss you.

So follow your heart and never give up,
as dreams and wishes do come true,
for I know that someday we'll meet again,
so never forget I will be praying for you.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru diucapkan buat semua, termasuklah diri saya sendiri. Jika ada benda yg saya sesali di dalam kehidupan saya, pastinya menjadi guru bukanlah salah satu darinya kerana saya yakin saya memang dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik. Saya berbangga menjadi seorang guru biarpun kerjaya saya ini tidak menjanjikan kemewahan harta dan wang ringgit seperti kerjaya lain. Saya sangat berbangga menjadi seorang guru kerana saya berpeluang untuk berbakti kepada anak bangsa dan juga negara saya di dalam melahirkan generasi demi generasi yg dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat membantu pelajar2 saya mencapai impian mereka dan juga ibu bapa mereka. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat membantu untuk membentuk personaliti pelajar2 saya ke arah yang lebih positif. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman saya bersama pelajar2 saya. Dan saya berbangga menjadi seorang guru Bahasa Inggeris kerana saya dapat berkongsi sedikit kelebihan yang ada pada saya bersama dengan pelajar2 saya yang rata2nya masih lemah penguasaannnya di dalam bahasa ini. Kesimpulannya, saya teramat dan tersangat berbangga menjadi seorang guru. Tiada hadiah atau balasan lain yang saya harapkan, sekadar ucapan ikhlas "thank you Teacher" dari pelajar2 saya sudah cukup membuatkan hati saya tersentuh. Panggilan "Teacher" itu sendiri sudah cukup membuatkan saya bersemangat untuk terus menjalankan tanggungjawab saya dalam menjalankan amanah yg diberikan Allah ini. Setiap pelajar saya anggap seperti adik2 atau anak2 saya sendiri, di mana saya kasihi mereka, 'dengari' mereka, berlawak dan beramah mesra dengan mereka, mendidik mereka dengan sepenuh hati dan pastinya 'mendenda' mereka jika mereka melakukan kesalahan.

Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Rasanya semua orang pernah mendengar lagu ini. Semasa saya mendengar guru2 saya menyanyikan lagu ini sewaktu saya di sekolah rendah dan menengah dulu, meremang bulu roma saya. Sekarang bila saya dan kawan2 menyanyikan lagu ini, lebih meremang bulu roma saya. Lagu ini mmg dapat menyuntik semangat para guru untuk membuat yg terbaik dan lebih baik di dalam tugas seharian.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Ini juga merupakan sajak kegemaran saya. Rasanya tidak ada seorg guru pun yg tidak menitiskan air mata setiap kali mendengar dan menghayati sajak ini. Setiap kali mendengar pelajar mendeklamasikan sajak ini, saya pasti menangis.


Sudah 11 tahun saya bergelar seorang guru dan semoga Allah terus kuatkan iman, hati dan semangat saya untuk terus berbakti dan berkorban menjadi seorang guru yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Biar apapun cabarannya, saya tetap berbangga bergelar seorang guru.

Selamat Hari Guru untuk semua.

Kek, kek dan kek

Semalam (Ahad), saya telah membakar 3 biji kek dari tengahari hinggalah ke malam. Maklumlah org tak pro, kalau orang yg pro tu mungkin sekejap saja siapnya. Asalnya saya cuma nak bake 2 biji moist chocolate cake utk dihadiahkan kpd cikgu2 di tadika Wildan dan juga cikgu2 di nursery Wafriy, ttp bila Mama cakap Mama teringin nak makan orange cake, saya teringat kat resepi blended orange cake yg saya tengok kat blog Sinar Kehidupanku tetapi belum sempat try lagi. So, slps layan Melodi, saya terus ke dapur dan slps 1 jam, siap sudah kek yg sgt senang dibuat ni.



Sedap tetapi next time saya kena letak sunquick juga sbb kurang sikit rasa 'keorenannya'. Yang penting kek ni senang dibuat.
Ini pula moist chocolate cake yg saya buat utk cikgu2 di tadika Wildan dan di nursery Wafriy sempena Teacher's Day hari ni.
Saya tak pandai nak hias kek. Balik2 letak chocolate topping dan chocolate rice saja. InsyaAllah, saya tgh mencari mana2 kelas menghias kek yg saya boleh saya join utk menambah ilmu bab2 menghias kek ni.
Kek yg telah dibungkus oleh Mama.

Selain drp kek, setiap cikgu akan dapat bekas comel yg bertulis "Selamat Hari Guru" ni, saya beli kat SACC Mall.

Selamat Hari Guru utk semua guru2 di Malaysia termasuklah saya juga. Buat guru2 saya yg telah tiada, smg Allah meletakkan mereka di kalangan insan2 beriman dan mulia. Tidak terbalas rasanya jasa mereka terhadap kita semua, hanya Allah dapat membalasnya dgn sempurna.

Sunday, May 15, 2011

Kursus dan Hi-Tea

Salam semua, lama rasanya saya tak update blog yg tak seberapa ni. Kat bawah ni saya letak gambar2 semasa berkursus di KL minggu lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar spt yg dirancangkan. Banyak ilmu yg saya dapat dan byk juga duit yg dihabiskan, hehe...biasalah kan, org perempuan ni, kalau berkursus mesti ambil kesempatan nak shopping sama. Ustaz2 yg ikut kursus ni sampai geleng kepala tgk pensyarah2 perempuan ni yg asyik memborong setiap kali singgah ke mana2 tempat pun. Paling sakan kami memborong ketika di Jalan TAR dan Sogo lah. Bestnya, rasa mcm nak pergi je lagi slps ni. Disebabkan saya sibuk sgt dgn "pelbagai agenda" kat sana, saya tak sempat pun nak ambil gambar byk2. Setakat ni je lah yg ada:



Roommate saya semasa berkursus kali ni , Kak Ani.

Kat atas bas. Gambar gelap sikit.

Semasa mendengar taklimat dari JAKIM di Masjid Putrajaya bersama Kak Yatie dan Kak Ina. Tembamnya pipi saya!

Gambar tak clear tapi nak letak jugak.

Walaupun seronok berkursus dan bershopping, di hati ini tetap rindukan husband dan anak2 saya. Tak sabar rasanya nak balik utk berjumpa mereka. Sampai di kolej kira2 pukul 9.30 malam, di dlm kereta Wildan pujuk saya utk attend hi-tea sempena mother's day celebration di tadika dia keesokan harinya. Semua ibu dijemput utk makan2 dan ada pot luck. Husband dah beritau saya di dlm telefon, tetapi disebabkan dah tahu saya akan balik lewat dan tak sempat nak buat apa2, saya cakap kat husband tak payah pergi lah. Tetapi bila dgr pujukan Wildan, kesianlah pula. Tak sampai hati rasanya nak hampakan dia, so saya pun bersetuju utk pergi. Malam tu, saya tidur pukul 1 pagi siapkan kek coklat ni.


Ada pertandingan nama masakan paling kreatif. Fikir punya fikir, saya letak "Kek Coklat Semanis Kasih, Selemak Sayang Bonda". Dapat jugalah hadiah sagu hati.



Laku juga kek coklat saya ni. Alhamdulillah.

Wildan penat berlari ke sana-sini. Wafriy pun ada juga tapi asyik "hilang' je sbb asyik nak bermain dgn kawan2.

Saya dan Kak yatie, sama-sama dah letih sebenarnya sbb tak cukup rehat dan tidur.

Hadiah2 yg saya dapat. Alhamdulillah, seronok juga dapat hadiah ni.

Sunday, May 8, 2011

Hujung Minggu Yg Indah

Weekend baru ni saya sekeluarga balik ke kampung husband di Penang. Bila bermalam di rumah bapa mertua ni, aktiviti wajib kami selain drp makan2 kat Padang Broom dan Astaka, kami juga suka ke Padang Kota dan Taman Belia. Kali ni saya rasa lebih enjoy krn dpt spend sepenuhnya masa bersama husband dan anak2 tanpa perlu memikirkan apa2 obligation yg lain spt sebelumnya.
Di Padang Kota. Wildan & Wafriy cukup suka main benda ala2 flying saucer ni. Setiap kali pergi ke sana, kena beli benda ni. 2-3 hari main, dah rosak.

Husband, Wildan dan Wafriy bermain flying saucers kat padang di Taman Belia. Saya tersandar kat tepi padang krn kekenyangan makan laksa Penang sebelum ke sini tadi.


Yang ini kat Taman Belia, best play ground kat situ. Luas dan ada macam2 permainan. Husband pula suka buat exercise kat sini.






Mandi kolam lagi??? Bila tahu ada kolam mandi yg sgt happening kat Taman Belia tu, Wildan dan Wafriy pun apa lagi, menangis2 nak mandi. Sayangnya saya tak bawa towel, so terpaksa janji nak bawa mereka ke sini keesokan harinya. So, esoknya kami datang lagi awal2 pagi dan hampir 3 jam mereka berendam di dalam kolam kat situ. Ada 5 buah kolam kesemuanya, cuma 1 saja yg mereka tak mandi sbb dalam sgt.


This is my favourite part. Makanan kat Penang mmg heaven especially laksa sbb laksa tu mmg favourite food saya. Setiap kali balik ke rumah bapa mertua, saya wajib makan laksa Penang yg dijual di gerai "Kak Arah" di Sg Pinang. Sedapnya tak terkata. Air soya Nasir ni pula mmg famous kat Penang, terlalu sedap sehinggakan sepanjang masa ada saja orang beratur nak membelinya. Nasir ni dah franchise air soya dia, so mmg byk gerai2 yg menjual air soya Nasir ni di Penang.



Petang tadi husband bawa saya, Mama dan anak2 makan2 di Pizza Hut sempena Mother's Day. Untuk Mama tersayang, terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik saya selama ini. Tanpa Mama saya, saya takkan berada di mana saya berada sekarang. Terlalu banyak yg Mama korbankan untuk saya dan adik-beradik especially selepas kematian arwah bapa saya. Saya sayang sgt kat Mama. Untuk arwah Mak (ibu mertua), semoga roh Mak ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman. Saya juga sgt mengasihi Mak kerana arwah merupakan seorang ibu mertua yg sgt baik dan penyayang.

Esok dah start kerja setelah kolej saya bercuti 2 minggu. Bermula kembali routine hidup saya dan suami yg keluar bekerja ke kolej pukul 7 pagi dari rumah dan pulang semula lebih kurang pada pukul 6 petang setiap hari. Walaupun students belum ada kerana kemasukan pelajar baru matrikulasi ialah pada 23 Mei ni, tetapi kami tetap akan busy dgn pelbagai meeting dan acara yg telah diaturkan kolej. Dan InsyaAllah, pada 10-12 Mei ini, saya akan menghadiri kursus di KL bersama rakan2 sekerja. Excited pun ada, sedih pun ada. Excited sbb dah lama tak attend kursus di luar kolej dan sedih sebab nak berpisah dgn husband dan anak2 tersayang. Nasib baiklah anak2 dah besar, saya tak lah risau sgt nak tinggalkan pada husband dan Mama.