Tuesday, January 18, 2011

Cikgu kesayangan

Sewaktu menziarahi jenazah anak jiran saya di PB, saya terjumpa dgn seseorang yg dah lama tdk saya temui. Inilah dia cikgu kesayangan saya yg mengajar subjek BI semasa saya di Darjah 2 di SKSKI dulu. Nama cikgu ni agak unik iaitu Cikgu Aim Bin Untung. Kali terakhir saya bertemu dia ialah ketika hari kenduri perkahwinan saya. Cikgu Aim hadir dan datang berjumpa saya di bilik pengantin. Ketika itu saya mencium tangannya dan hampir menitis air mata ni kerana wajah Cikgu Aim ni hampir sama dgn arwah bapa saya, malah dia juga merupakan salah seorg sahabat baik arwah bapa saya sewaktu hayatnya dulu.

Alhamdulillah, di usia 72 tahun dan setelah 18 tahun berpencen, Cikgu Aim masih dikurniakan Allah kesihatan yg memuaskan. Mungkin itulah berkatnya hidup seorg guru yg terlalu byk jasanya. Semasa di sekolah rendah dulu, Cikgu Aim ni lah antara cikgu favourite saya sbb dia ni kelakar dan caring walaupun adakalanya dia ni garang juga (bukan dgn saya lah).

Semoga Allah terus merahmati Cikgu Aim dan juga semua cikgu saya sama ada yg masih hidup atau yg telah kembali ke rahmatullah. Saya berbangga kerana saya mengikut jejak mereka menjadi seorang GURU.

6 comments:

  1. Mesti seronok kan dapat jumpa dgn cikgu yg mengjar kita masa sekolah dulu :) Kaz ...sweet sgt muka :)

    ReplyDelete
  2. Tq Lynn, sweet ke mcm tu, punyalah tembam dan bulat, hehe.
    Betul, mmg seronok jumpa cikgu lama, terkenang kembali memori manis dgn mereka sewaktu kecik2 dulu.

    ReplyDelete
  3. Salam Kaz, mesti dia ajar BI best sebab dia dari old school!

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Halima, memang best sbb tu lah anak murid dia ni pun boleh jadi cikgu BI, hehe.

    ReplyDelete
  5. kaz sronoknya jumpa cikgu lama kita dulu..rindu saat dulu..sy masih ingat kata/gurauan dia mengenai taik idung..katanya"selalunya taik idung nih org korek n gelintir buat bola..hahaha"mmg sampai skrang sy igt tau..sbb mcm lawak kotor gitu..hahaha..kalu jumpa dia lg kirim salam yea kaz..muah!

    ReplyDelete
  6. Memang seronok yati, rasa nak menangis pun ada. Next time kita buat reunion, kita jemput cikgu2 kita sekali ya.

    ReplyDelete

What say you?