Saturday, January 1, 2011

Ku mohon


Salam. Selamat tahun baru diucapkan kepada semua. How time flies....mcm baru beberapa hari je sambut 2010, sekrg dah 2011. That's how it is, pejam celik pejam celik, everything changes. Kalau kita terleka, maka kitalah yg akan rugi. Time will pass no matter what, terpulanglah pada kita on how we want to spend the time. Alhamdulillah, 2010 berlalu dgn indah for me and family walaupun kami juga diuji dgn dugaan paling hebat apabila saya kehilangan ibu mertua yg sgt saya kasihi pada bulan Mac yg lalu. . Syukurlah for the kemurahan rezeki yg Allah bagi and the most important is tiada masalah kesihatan yg serius as what we faced in 2007 and 2008. Smg tahun ini akan lebih gemilang dan cemerlang dari sebelumnya, InsyaAllah.

This year Wildan dah nak masuk 6 tahun and Wafriy 4 tahun. Dah besar ya anak2 Ibu ni. Wildan will still be in the same kindergarden and Wafriy at the same nursery. Pada sebelah malam, kedua2nya akan start kelas mengaji Quran kat kawasan perumahan ni. Tinggilah harapan Ibu agar anak2 Ibu ni akan menjadi anak2 soleh dan pengamal Al- Quran di dlm hidup mereka. Cabaran membesarkan anak di zaman ini adakalanya membuatkan saya takut sama ada saya dan suami akan berjaya mendidik kedua2 khalifah amanah Allah ini dgn sempurna. InsyaAllah, dunia kita cari, akhirat jgn sesekali dilupai kerana itulah destinasi kita.


Not forgetting, tahun ni juga tahun yg teramat critical utk saya. Dgn beban kerja kat office yg semakin bertambah dan demanding dari hari ke hari, my full responsibility as a wife, a mother, a daughter, a teacher plus nak habiskan my study dan thesis, adoiiiiiii............saya harap saya tak 'mati' kat tgh jalanlah. InsyaAllah, lepas habis study bulan Mei ni, bolehlah plan utk hadiahkan Wildan dan Wafriy seorang adik pula. Doakanlah saya dapat baby girl ya, saya teringin sgt nak baby girl. Teringin nak pakaikan dia gaun kembang yg cantik2 dan ropol2 tu, letak riben dan sepit rambut yg comel2 dan beli mainan Barbie doll dan Baby Alive, haha (selama ni asyik dok beli mainan ultraman, power rangers dan ben 10 je). InsyaAllah, smg Allah penuhi hajat saya ni.

Smg Allah terus memberi kebahagiaan hidup untuk saya dan suami yg sangat saya cintai. Smg kami terus diberi keupayaan, kesihatan yang baik dan rezeki yg murah utk menjalankan tanggungjawab kami bukan sahaja utk satu sama lain dan anak2 kami tetapi juga untuk ibu bapa kami. Smg ibu dan bapa kami juga terus diberi kesihatan yg baik dan diberi peluang untuk masih lagi bersama kami. Apa yang kami kecapi kini sudah pastinya berkat dari doa restu yang tulus dari mereka.

Ku Mohon by Sheila Majid.
Setiap hari ku
mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati... kekuatan
Menempuhi segala dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran

Ku doa Kau selalu
Mengawasai gerak-geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadamu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu... Ooh...
Kuatkanlah
Cekalkanlah diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

4 comments:

  1. Kaz...bila dah ada anak2 ni,barulah kita tahu menilai betapa besarnya jasa ibu dan ayah membesarkan dan mendidik kita dulu.Semoga anak2 kaz 'menjadi' seperti yang diharapkan.Begitu juga ank2 akk..semoga mrka menjadi anak2 yg soleh dan solehah...

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak, rasanya setiap ibu bapa mendoakan yg sama utk anak2nya.

    ReplyDelete
  3. "ku juga mohon" perkara yang sama seperti mana ibu bapa yang lain di dunia ini...

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah Bidadarindu.

    ReplyDelete

What say you?