Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru


Selamat hari guru diucapkan buat semua, termasuklah diri saya sendiri. Jika ada benda yg saya sesali di dalam kehidupan saya, pastinya menjadi guru bukanlah salah satu darinya kerana saya yakin saya memang dilahirkan untuk menjadi seorang pendidik. Saya berbangga menjadi seorang guru biarpun kerjaya saya ini tidak menjanjikan kemewahan harta dan wang ringgit seperti kerjaya lain. Saya sangat berbangga menjadi seorang guru kerana saya berpeluang untuk berbakti kepada anak bangsa dan juga negara saya di dalam melahirkan generasi demi generasi yg dapat menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat membantu pelajar2 saya mencapai impian mereka dan juga ibu bapa mereka. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat membantu untuk membentuk personaliti pelajar2 saya ke arah yang lebih positif. Saya berbangga menjadi seorang guru kerana saya dapat berkongsi ilmu pengetahuan dan juga pengalaman saya bersama pelajar2 saya. Dan saya berbangga menjadi seorang guru Bahasa Inggeris kerana saya dapat berkongsi sedikit kelebihan yang ada pada saya bersama dengan pelajar2 saya yang rata2nya masih lemah penguasaannnya di dalam bahasa ini. Kesimpulannya, saya teramat dan tersangat berbangga menjadi seorang guru. Tiada hadiah atau balasan lain yang saya harapkan, sekadar ucapan ikhlas "thank you Teacher" dari pelajar2 saya sudah cukup membuatkan hati saya tersentuh. Panggilan "Teacher" itu sendiri sudah cukup membuatkan saya bersemangat untuk terus menjalankan tanggungjawab saya dalam menjalankan amanah yg diberikan Allah ini. Setiap pelajar saya anggap seperti adik2 atau anak2 saya sendiri, di mana saya kasihi mereka, 'dengari' mereka, berlawak dan beramah mesra dengan mereka, mendidik mereka dengan sepenuh hati dan pastinya 'mendenda' mereka jika mereka melakukan kesalahan.

Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


Rasanya semua orang pernah mendengar lagu ini. Semasa saya mendengar guru2 saya menyanyikan lagu ini sewaktu saya di sekolah rendah dan menengah dulu, meremang bulu roma saya. Sekarang bila saya dan kawan2 menyanyikan lagu ini, lebih meremang bulu roma saya. Lagu ini mmg dapat menyuntik semangat para guru untuk membuat yg terbaik dan lebih baik di dalam tugas seharian.

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Ini juga merupakan sajak kegemaran saya. Rasanya tidak ada seorg guru pun yg tidak menitiskan air mata setiap kali mendengar dan menghayati sajak ini. Setiap kali mendengar pelajar mendeklamasikan sajak ini, saya pasti menangis.


Sudah 11 tahun saya bergelar seorang guru dan semoga Allah terus kuatkan iman, hati dan semangat saya untuk terus berbakti dan berkorban menjadi seorang guru yang dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Biar apapun cabarannya, saya tetap berbangga bergelar seorang guru.

Selamat Hari Guru untuk semua.

12 comments:

  1. Selamat hari guru kak...Semoga kita makin tabah dan kuat mengharungi dunia perguruan yg semakin mencabar ni...InsyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Salam kaz.."Selamat hari Guru"...lupa k.atie kaz nie pendidik gak!.Semoga jasa & ilmu yg ditaburkn akan diberkati oleh ALLAH

    ReplyDelete
  3. k.atie buat rendang bkn byk tue yg rajen kopek kerangnya,klu banyak mau 'kebas' kaki berdiri kopek kerang..hihi.

    ReplyDelete
  4. "kaz...selamat hari guru...tiada kerjaya seindah menjadi guru...smga berjaya dan terus berjaya dlm mengejar cita2 luhur... "

    ReplyDelete
  5. Cuda, tq very much dear. Same goes to u.

    Kak Atie: terima kasih byk2, biar apapun gelarannya, Kaz ttp seorg guru juga.
    Kaz teringin nak buat rendang kerang tu tp nak kena cari orang tlg perisi dulu, hehe.

    Kak Pia: tq akak, betul tu, biar tak mewah ttp byk jasanya seorg guru ni.

    ReplyDelete
  6. salam kaz..Alhamdllh resepi tue dah jadi kesukaan family yer....k.atie pon klu buat mmg ratah jer..hihi

    ReplyDelete
  7. dok matric ni x rasa sgt kan kak...kalo kat sekolah,sure meriah smbutannya...budak2 bagi hadiah..teringat dulu,kita beria2 bagi hadiah n ada persembahan utk guru...

    ReplyDelete
  8. "kaz...akak ni suami isteri kampung kat seberang perai..akk utara,suami akk selatan..hihi..area2 bukit mertajam ..dekat2 ngan umah kaz ker?"

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kaz..walaupon Arwah mak dah lama meninggalkn k.atie& kluarga tp klu mlm2 seblm tido selalu sedekahkn surah Fatihah tuk Arwah mak & tringat kenangan bersamanya..pastu mula la leleh airmata...sedihnyaaa

    ReplyDelete
  10. "ini email akk..(erinremie.17@gmail.com)"

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Kaz,
    Maaf, lama tak singgah sini, lappy buat hal, masuk workshop dua tiga hari. Selamat Hari Guru buat Kaz dan semua cikgu di mana saja anda berada ya

    ReplyDelete
  12. salam kaz..ala amik tempahan main2 jer...

    ReplyDelete

What say you?