Tuesday, July 6, 2010

Kenangan di hari raya (Part 1)

Gambar yang tidak ada kena mengena dengan tajuk dan cerita.

Kat ofis aku sekrg, hampir setiap hari ada org berpuasa. Ada yg berpuasa sunat dan kebanyakannya puasa ganti. Semakin ramai juga yg berniaga- berniaga kain, tudung, brooch dan yg bestnya dah ramai yg berniaga kuih raya. Semua ini tandanya apa???? Yes, tandanya puasa dan juga raya dah dekat. Bahang suasana menyambut Ramadhan dan juga hari raya sudah terasa walaupun sekarang kita masih lagi di dlm bulan Rejab. Kawan2ku di ofis dah ramai yg sudah mula membeli baju raya dan juga keperluan yang lain.
Bagi aku sendiri, persiapan masih berada di peringkat paling minimum. Setakat ini aku baru menempah 3 pasang baju kurung utk diriku sendiri dan 2 pasang baju melayu utk anak2 terunaku.
Seperti biasa, aku dan suami akan memperuntukkan masa sehari utk kami membeli baju raya anak2 kami dan juga untuk kami di mana2 shopping complex nanti. Selalunya kami memilih utk mengambil cuti sehari pada hari bekerja agar anak2 dapat ditinggalkan di nursery. Bukanlah kami ini ibu dan bapa yg kejam ttp jika kami membawa kedua-dua ultraman ini bersama, akan adalah nanti aksi2 dan drama2 yg mencabar kesabaran dan keimanan kami nanti. Dan akhirnya shopping tu terpaksa dibuat dlm keadaan tergesa-gesa dan bad mood kerana kami berdua dah kehabisan tenaga melayan ragam ultraman berdua ni. Jadi utk mengelakkan benda2 mcm ni berlaku, kami akan tinggalkan mereka berdua di nursery di mana ianya lebih selamat dan selesa utk mereka berdua. Utk raya tahun ni, aku dan suami dah plan utk shopping pada semester break kolej kami Julai ni. InsyaAllah, harap2 takda lah apa2 yg berlaku yg menyebabkan plan ini terganggu.
Sebenarnya, terus terang aku katakan aku tidaklah terlalu teruja untuk menyambut raya ini. Mungkin utk orang yg mempunyai saudara-mara yg ramai spt sahabatku Fizin, raya mmg dinanti-nantikan kerana dapat bertemu dgn sanak-saudara. Namun bagiku yg mmg tidak mempunyai ramai saudara-mara, raya kurasakan biasa sahaja. Bagiku, raya sudah hambar semenjak kematian arwah bapaku 21 tahun yg lalu. Inilah kebenarannya, sejak 21 tahun yg lepas, aku tidak lagi merasai kemeriahan raya di dlm erti kata yg sebenarnya. Aku benar2 rindukan suasana raya sewaktu arwah bapaku masih ada di mana kami sekeluarga akan menyambutnya di rumah keluarga arwah bapaku Ipoh. Ketika itu aku mempunyai ramai saudara mara dan raya disambut dgn penuh kemeriahan dan kemesraan dlm semangat persaudaraan. Semua ahli keluarga balik menyambut hari yg mulia ini di rumah Lot 109 yg kini hanya tinggal kenangan setelah ianya dilelong atas satu kesilapan maha besar yg dilakukan oleh salah seorg saudaraku ( smg Allah ampunkan segala dosa dia ).
Setelah kematian arwah bapaku, SEGALANYA BERUBAH. Dalam suasana berkabung kerana kematian arwah bapaku yg merupakan saudara tertua dan tunjang utama dlm keluarganya, ditambah pula dgn rumah pusaka yg terpaksa dilelong, seluruh ahli keluarga dan saudara mara hidup dlm keadaan yg suram. Perselisihan faham mula terjadi dan tali persaudaraan semakin jauh dan longgar. Hinggalah akhirnya, seorang demi seorang pergi menyahut panggilan Ilahi dan sehingga kini selain dari aku sekeluarga, aku cuma ada seorg ibu saudara di Ipoh dan juga seorang bapa saudara di Johor. Hanya inilah waris sebelah keluarga arwah bapaku yg masih tinggal.
Kehadiran raya pastinya akan membangkitkan rinduku yg tidak pernah padam terhadap mereka semua yang telah pergi meninggalkan aku. Aku sangat2 merindui mereka terutama sekali arwah bapaku dan juga arwah dadiku (nenek) kerana aku sememangnya sangat rapat dgn mereka sewaktu hayat mereka dahulu. Dan pastinya tahun ini akan lebih terasa kerana aku baru saja kehilangan ibu mertuaku yg tersayang.
Apapun, aku tahu hidup perlu diteruskan seadanya. Aku masih mempunyai suami dan anak-anakku, begitu juga aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu, bapa mertua, abang, adik, kakak ipar, adik ipar, anak2 saudara, biras dan sebagainya. Anak-anakku masih kecil dan sudah menjadi kewajipanku untuk membahagiakan mereka termasuklah pada hari raya nanti. Persiapan yg selengkapnya juga akan aku adakan untuk semua kerana biarlah raya tetap disambut dengan bermakna biarpun di hatiku tetap terkenangkan memori suka dan duka bersama mereka yg sudah tiada ini.
Buat arwah Ba, arwah Mak, arwah Dadi, arwah Bucik, arwah Pupu Nab, arwah Cica Im dan arwah Cica Baba- tenanglah kalian di sana, smg Allah tempatkan jasad kalian bersama golongan mereka yg beriman, diredhai lagi dirahmati. Al-Fatihah.

2 comments:

  1. Raya nnt datang la kg..boleh ultraman2 kaz jumpa ultraman bidadarindu...he he..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, plan tu mmg ada. Selalu berjanji dgn fizin tp last minute terpaksa cancel sbb masing2 byk plan lain. Bidadarindu pun jemputlah mai rumah, tak jauh, kat parit buntar saja.

    ReplyDelete

What say you?