Sunday, July 4, 2010

Ketika mereka tidur.....



Aku rasa semua ibu dan juga bapa mempunyai perasaan yang sama sepertiku setiap kali memandang wajah anak2 yg sedang tidur. Setiap kali melihat anak2ku ini tidur, pelbagai perasaan yg ada di dalam diriku. Antaranya ialah kasihan (especially kalau sebelum tidur tu aku ada memarahi mereka), kasih sayang yg semakin membara, sayu, pilu, sunyi ( sebelum mereka tidur adakalanya rasa nak tutup telinga sebab mereka asyik membuat bising) dan macam2 lagi. Aku juga turut merasa bertuah dan bersyukur kerana dikurniakan Allah anugerah yg tidak ternilai ini. Merekalah amanah Allah buat aku dan suami, penawar segala kesedihanku dan merekalah segala-galanya buatku. Biarlah aku susah, biarlah aku sakit, biarlah aku terpaksa bekerja keras, apa yang penting kedua-dua buah hati kesayanganku ini dapat hidup dengan selesa dan bahagia.

5 comments:

  1. Jadikan cinta manusia (anak-anak)sebagai jambatan atau perantaraan untuk kita meraih Cinta Allah.
    InsyaAllah moga Cinta itu diberkati dan dirahmati Allah

    ReplyDelete
  2. Begitulah harapan kak ina. Smg anak2 ini dapat dididik dgn sempurna seadanya mengikut landasan yg menuju ke jalan Allah. Tq Saiful.

    ReplyDelete
  3. oo..kenal ker?he he..next time jgn mention nama dlm nie tau..pakai bidadarindu jek...nie alam siber la...bahaya...he he...

    ReplyDelete
  4. lupe lak nak tanya...gigi dah ok ker?he he..

    ReplyDelete
  5. Kenal, kak ina kenal hampir kesemua saudara mara fizin.Gigi dah ok, tq, dah boleh senyum lebar dah.

    ReplyDelete

What say you?