Friday, November 5, 2010

Kisah Towel Baru



Ni dia towel baru yg dibeli kat Plaza Masalam dulu untuk kedua-dua buah hatiku. Memang cantik, siap ada hood lagi, buatnya pula ada gambar Ben 10 dan Power Rangers. Setelah tgk cousin mereka Dhani memakai towel sebegini tetapi gambar Thomas and Friends, puas mereka meminta aku belikan towel yg sama. Nak kata No pun tak sampai hati walaupun menggigil juga tangan nak bayar harga kedua-dua towel ni. Kiranya sehelai towel ni bersamaan harga dgn sehelai tudung kat Butik Ariani yg Ekin dan Wardina pakai tu. Melepas 2 helai tudung Ariani yg Ibu plan nak beli sebelum raya haji ni. Tapi selepas lihat wajah dan gelagat mereka memakai towel ni, mana yg lebih penting: dua helai tudung Ariani atau kegembiraan dan keceriaan mereka????

Duit boleh dicari, tudung Ariani pun lain kali boleh dibeli (sbb selalu sgt ada sales) namun kebahagiaan mereka ni tiadalah galang gantinya. Ibu tak kisah buat dan berkorban apa pun, janji anak-anak Ibu bahagia dan semoga Wildan dan Wafriy membesar sebagai anak-anak yg soleh. Amin.

P/S: Butik Ariani tgh sales sekarang utk member card holders dari 5-7 November 2010. Nak kena ajak encik suami pi melawat ni....

3 comments:

  1. korban duit ibu beli tuala utk anak2...pastu korban kan duit ayah utk beli tudung ibu pulak...kan....

    ReplyDelete
  2. Kak Sharifah, Hehe..betul, betul, betul. Yg cantik nanti pun isteri dia juga kan?

    ReplyDelete
  3. Aunty Fizin pun teringin tgk towel tu - kalau si Aisy tu tgk mesti nak jugak!!
    Betul komen kak Sharifah - siapa lagi yang nak habiskan duit suami, kalau bukan isteri? ayat perli yang selalu suami fizin cakap kat fizin..he..he..

    ReplyDelete

What say you?