Tuesday, November 2, 2010

Lagi gambar dan cerita di Shah Alam


Tak byk sgt gambar yg diambil semasa di Shah Alam dulu. Selain drp bertemu family, aktiviti2 lain ialah shopping dan makan2. Ingat nak shopping tudung tp tak berjumpa yg aku cari. At last cuma beli sehelai baju kurung cotton dan sehelai tudung saja untukku, yg lain2 tu shopping utk kedua-dua heroku ini sajalah.

Part paling best tentulah makan2. Aku langsung tak ingat the fact that I am on diet kat sana. Dah lama tak sentuh nasi lemak, tiba2 aku boleh habiskan sebungkus nasi lemak kat sana, dah lama tak makan roti canai, tiba2 aku makan sekeping setengah roti canai kat sana. Paling best tentulah pelbagai hidangan yg dihidangkan oleh adik ipar, ibu mertua adikku dan juga kakak iparku. Memandangkan kedua-dua kakak dan adik iparku berasal dari Johor, semua makanan istimewa yg dimasak ialah makanan Johor. Antara yg paling best dan sedap ialah sambal ketam yg dimasak bersama telur hancur tu, laksa Johor dan juga Soto. Tak sempat nak ambil gambar semua makanan tu sbb lapar dan tergoda sgt, makanan siap, terus aje makan.

Ni dia laksa johor yg dimasak oleh ibu Leez. Mmg sedap sgt2 hinggakan berkali-kali aku tambah.
Sate kajang Hj Samuri. Aku yg teringin sgt nak makan, so Ayish gi beli kat R&R Elmina. Teringat kenangan ketika belajar di UKM dulu, selalu gi makan sate kajang dgn kawan2.

Ni kat Garden Cafe, Summit. Lunch kat sini setelah habis pusing satu complex tu cari toy Pokemon kat Wildan.


Kat Dunkin Donut, Alam Sentral. Minum petang setelah puas tawaf kat situ cari tudung. Kenapalah susah sgt nak jumpa tudung style ariani tu yg bersaix XL dan bercorak?

Kat Bangi Kopitiam, ni pun aku yg teringin nak breakfast kat situ. Aku sebenarnya mmg suka sgt makan dan minum kat kopitiam tp sejak kopitiam yg famous tu diragui status halalnya, aku mmg dah lama tak gi mana2 kopitiam. Selain dari kopitiam tu, kopitiam lain yg ada kat sebelah utara ni pun tak jelas status halalnya, so tak beranilah nak gi. Tak sempat nak ambil gambar sbb bila makanan sampai, kejap je licin. Spt biasa makanan dan minuman wajib order untuk aku kat kopitiam ialah butter and kaya toast dan juga white coffee.

Kami juga pergi melawat kampus baru MSU (Management and Science University) sbb kakak ipar salah seorg 'orang kuat' kat sini. Aku rasa sgt bangga melihat betapa hebatnya kampus yg dimiliki sepenuhnya oleh org melayu ni.

Tak sukanya bila aku kelihatan 'sangat lebih besar' dari suamiku, hehe.


Kampus ni belum siap sepenuhnya dan kami pun cuma melawat sebahagian saja. Seronok melihat kejayaan bangsa sendiri.

4 comments:

  1. sy duk UKM ni pun kerap jugak makan kat satay Kajang..hehe

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu Iznul, tempat lepak wajib bebudak UKM. Rindunya kenangan lama.

    ReplyDelete
  3. Salam Kaz,
    Dah balik ye? He he sonoknyer makan angin! Ha ha MSU tempat akak lepak dulu...

    ReplyDelete
  4. Wslm Kak Halima, akak pernah jadi student or kerja kat situ?

    ReplyDelete

What say you?