Thursday, November 11, 2010

Update sedikit

Alhamdulillah, cabaran exam yg pertama sudah berakhir kelmarin. Ramai kawan-kawan sekerja yg bertanya hari ini, "macam mana exam, boleh jawab?" Jawapan saya yg sejujur-jujurnya (yg saya cuma tulis dlm blog ni) ialah Alhamdulillah, saya boleh jawab kesemua soalan yang diberikan. Panjang lebar jawapan saya, lenguh tangan menulis dan saya cuma habis menjawab kira-kira 3 minit sebelum masa menjawab tamat. Namun adakah saya akan mendapat keputusan yang baik itu adalah sesuatu yg saya sendiri tidak pasti kerana hanya Allah yang menentukan. Sebelum ni pun, ada paper yg saya yakin saya telah menjawab dengan sebaik-baiknya tetapi bila result keluar, saya cuma dapat A- dan ada juga paper yg saya sedar saya telah membuat satu kesalahan yg sangat besar tetapi bila result keluar saya dapat A. Semuanya di tangan Allah dan di pihak saya, saya telah berusaha dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah mengasihani saya dan memberkati usaha dan pengorbanan saya. Bukannya senang nak study di usia yg "tak berapa muda" ni, jenuh nak menghafal dan faham, jenuh minum kopi Radix dan makan Spirulina nak stay up dan jenuh memujuk anak-anak agar tak kacau Ibu study dan macam-macam lagilah.

Masih ada satu lagi exam pada 16 november depan (sehari sebelum raya haji). Sebagai seorang isteri, anak, menantu dan ibu, saya kenalah juga fikirkan fasal hal nak menyambut raya ni walaupun fikiran saya sebenarnya sgt berserabut dgn preparation nak exam. Untuk raya haji, saya telah menempah beberapa jenis kuih dan saya cuma akan masak sambal kacang dan nasi impit saja untuk dimakan di pagi raya nanti. Untuk lunch pula, bapa mertua dah order nasi beriani dari katering terkenal kat Penang tu. Nasib baiklah dapat bapa mertua yg teramat baik dan sporting ni. Dia faham menantu dia ni asyik sibuk memanjang.

Raya haji ni juga kami akan beraya dengan sesuatu yg baru. Alah, bukan apapun tetapi ianya sesuatu yg menggembirakan hati kami sekeluarga terutama sekali Ba, Mama dan anak-anak. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Ini dia...


Yang paling happy tentulah Wildan dan Wafriy. Syukurlah, smg Allah terus murahkan rezeki kami sekeluarga untuk membahagiakan ibu bapa dan juga anak-anak kami.

p/s: Ni first entry yg saya gunakan "saya". Tak kisahlah apa orang kata, janji saya rasa lebih selesa.

4 comments:

  1. Salam Kaz, selamat mengambil peperiksaan dan semoga berjaya dgn warna2 terbang! Dan selamat naik keta baru...boleh meregek masa Raya Haji nih! Moh baca entry baru di blog akak pasal kampong kat Turki!

    ReplyDelete
  2. wah,best nyer grand livina...tu baru kais pagi makan pagi tu,he he..jaga2 jgn bagi air banjir masuk keta...nangis nnt...he he he..

    p/s :plaza masalam tu kedai mana beli towel n brape harga dia ye kak...x tahu la harga tudung wardina tu..saje...kalau mampu baru nak beli kat si danish tu...

    ReplyDelete
  3. Kaz, tahniah...wah dapat Grand Livina...Pida tumpang happy...

    ReplyDelete
  4. Tq Kak Halima, Bidadarindu dan Pida, syukurlah dapat menunaikan tanggungjawab utk memberi sedikit keselesaan kat anak2.

    ReplyDelete

What say you?