Monday, October 18, 2010

Debaran di pagi ini.



Berdebar-debar rasanya pagi ni. Kenapa?

1. Hari ni hari pertama Wildan exam. Smg Wildan dapat menjawab dengan baik dan dapat keputusan yang cemerlang. Walaupun hanya sekadar exam tadika, but exam is still an exam. Mungkin kerana sedari kecil aku dan adik-beradikku dididik oleh mama dan arwah Ba utk mengambil serius ttg exam, jadi sekarang aku juga melakukan yang sama utk anak-anakku.

2. Minggu ni ialah minggu final exam students di kolej aku dan pagi ini ialah paper Bahasa Inggeris. Berdebar-debar rasanya memikirkan soalan apakah yang keluar, dapatkah students aku menjawab dengan baik, dapatkah mereka apply apa yang aku ajar mereka dan dapatkah mereka result yg cemerlang nanti..... Macam-macamlah yang aku fikirkan sehinggakan aku terfikir adakah students aku sendiri risaukan exam mereka sepertimana aku dan lecturers lain risaukan ni.

Apapun, semoga Allah mudahkan segalanya untuk Wildan dan juga semua student KMPP yg sedang mengambil exam sekarang ni. Dan aku sendiri pun tak boleh terlalu risau sbb banyak lagi kerja aku yang belum diselesaikan dan dlm beberapa minggu lagi giliran aku pula utk ambil exam. Smg Allah mudahkannnya juga untukku nanti.

2 comments:

  1. wildan pasti boleh...tengok la mama dia...he he..

    ReplyDelete
  2. Tq Bidadarindu, mcm tu jugalah doa utk Danish dan Cinta, kira mcm anak2 saudara angkat lah tu.

    ReplyDelete

What say you?