Tuesday, October 12, 2010

Wildan nak exam lagi.

Memang sekarang musim exam. Students aku nak exam, aku pun nak exam dan Wildan pun nak exam. Sewaktu siang sibuk mengajar anak orang, sebelah malam mengajar anak sendiri pula. Nasib baik exam aku lambat lg, kira2 lg sebulan.
Exam yg pertama dulu, Wildan dapat nombor 1. Kali ni, sebagai seorg Ibu, pastinya aku mengharapkan kejayaan yg serupa. Tetapi hakikatnya nombor dan ranking dlm kelas bukanlah segala-galanya, yg penting Wildan perlu mencuba sedaya-upaya untuk membuat yg terbaik di dalam peperiksaan tu nanti.


Kesian pula ya, umur 5 tahun dah nak kena ambil exam. Tadika yg Wildan belajar ni mmg cemerlang di dlm akademik. Walaupun Wildan baru 5 tahun, dia dah boleh membaca, mengira campur, tolak dan sebagainya. Tp aku kurang berkenan sikit dengan sikap cikgu2 kat situ yg agak tegas dan kurang 'mesra rakyat'. Malah, dah ada kawan aku yg keluarkan anak dia kerana tak tahan dgn sikap cikgu2 kat situ. Setakat ni, aku rasa aku masih boleh bertahan utk hantar Wildan ke sana walaupun ada juga masanya Wildan beritahu cikgu marah dia. Biasalah kan kalau setakat kena marah tu.

Gambar hiasan- abang sibuk dok study, adik pula sibuk dok makan maggie goreng yg dibeli dari pasar malam tadi.

To my beloved and darling Wildan, good luck in your exam,sayang. Ibu loves you unconditionally.

3 comments:

  1. salam perkenalan kaz...suka akak baca blog kaz ni..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih akak, saya ni pun 'budak baru belajar'. Selamat berkenalan, smg terjalinnya ukhwah sesama kita di alam siber ni.

    ReplyDelete
  3. Gud Luck Wildan..Dapat no 1,mintak mama or ummi or ibu hadiah ye...

    ReplyDelete

What say you?