Thursday, June 3, 2010
Congrats Wildan!
Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bagaikan hendak menangis apabila aku diberitahu oleh Teacher Ana petang tadi. Wildan dapat nombor 1! Berkali-kali aku bertanya kepada Teacher Ana utk kepastian sehinggakan dia sendiri tergelak. Alhamdulillah, menurut Teacher Ana, Wildan dapat markah penuh 100/100 utk kesemua subjek-Bahasa Melayu, English, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam. Husbandku sendiri kelihatan sgt gembira dan berbangga dgn kejayaan anak sulung kami ini. Dan begitu jugalah dgn Mama dan Ba.
Biarpun ini hanyalah satu peperiksaan tadika, ia tetap menjadi kebanggaan kami. Kepada Wildan, aku berpesan agar tidak terlalu excited dgn pencapaian ini. Aku tidak mahu dia terleka kerana tanpa usaha yg gigih, tidak mungkin seseorg itu boleh berjaya. Dan aku juga sangat terharu bila Wildan mengucapkan ' terima kasih Ibu sbb mengajar Wildan sampai Wildan dpt nombor 1'. InsyaAllah, aku berazam utk sentiasa berada di sisi anak-anakku, memberi sokongan dan tunjuk ajar seperti mana yg pernah mama lakukan kepadaku dulu.
Congrats Wildan sayang, Ibu and Abah are so proud of you. There is still a looooooooooooooong way to go and you have started the journey excellently.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?