Kira2 seminggu lepas, aku dapati ada kudis di lutut kiri Wildan. Pada mulanya npk tak serius tp lama2 npk semakin merebak pula sehingga ke peha dan terbaru dah ada sebiji di badan. Cadangnya aku dan suami nak bawa dia ke klinik minggu lepas tp Kak Sue (pengasuh Wafriy kat nursery) cadangkan sejenis krim yg menurutnya bagus dan telah digunakannya sejak dulu lg utk merawat masalah kudis.
Aku mengambil peluang ni utk slow talk dgn Wildan. Aku beritahu Wildan, kudis ni terjadi krn dia tak makan nasi dan asyik makan coklat saja. Aku katakan padanya kalau dia berterusan begini kudis tu akan tumbuh di seluruh badan dan muka. Aku juga beritahu Wildan, silap haribulan kaki dan tgn akan dipotong kalau kudis tu dah merebak di seluruh badan. Memang aku benar2 takutkan dia hinggakan aku tanya pada dia, ' Wildan nak mati ke, Wildan tak sayang Ibu ke, Wildan sanggup ke nak tinggalkan Ibu?" Dia terus menangis dan memelukku dan berkata" Ibu, Wildan nak change, Wildan nak makan nasi". Aku sekadar mengiyakan saja cakap dia krn ini bukanlah kali pertama dia berkata begitu.
Malam itu, aku terdengar dia memberitahu suamiku, " Abah, esok Abah beli nasi lemak lauk ketam, udang, ayam dan ikan tau kat Wildan" dan suamiku berkata "ok, esok Abah beli". Sangkaku dia cuma main2 ttp keesokan paginya dlm perjalanan ke tadika, dia sekali lagi mengingatkan aku dan suami untuk membeli nasi lemak padanya. Dalam hati aku berkata, apa salahnya kalau aku betul2 belikan dia, manalah tahu kalau dia dah benar2 nak berubah. Aku belikan dia sebungkus nasi lemak udang sebagai bekalan ke tadika dan seperti yg kujangka, cikgu2 kat tadika pun terkejut besar.
Kira2 pukul 11 pagi, aku telefon tadika Wildan dan bertanya pada salah seorg cikgunya samada Wildan makan atau tdk nasi tu. Jawapan cikgu tu benar2 menggembirakan hatiku, menurutnya Wildan makan nasi tu tp cuma sgt sedikitlah. Kira ok lah tu kan, takkan aku nak expect dia makan sebungkus nasi lemak tu sampai habis memandangkan dia tak pernah makan nasi seumur hidup dia.
Malam itu, aku membawa dia ke Klinik PakarKulit Leh. Hmmm... sampai RM 239 bayarannya utk 2 jenis ubat makan dan 2 jenis ubat sapu.Nak pengsan jugalah dgr jumlahnya tp nasib baiklah hari ni gaji baru masuk. Keluar dari klinik, Wildan memberitahuku dia lapar dan nak makan nasi. Aku singgah sebentar di Food Court Taman Sejati dan beli sebungkus nasi dan lauk ayam paprik. Aku tak sabar2 nak sampai rumah sbb nak tgk dia makan nasi di hadapan mataku sendiri. Kat bawah ni ialah gambar2 yg diambil ketika dia makan nasi.
Ini gambar Wafriy. Wafriy ni semuanya dia makan termasuklah tapai,petai dan apa saja yg org dewasa makan.
Haaaa, inilah gambar Wildan yg kononnya tgh makan nasi.Dia mengambil masa hampir 10 minit utk menyuap beberapa butir nasi ke mulut dia dan setiap kali dia masukkan dlm mulut, dia seakan-akan nak luahkan kembali nasi tu.
Nampak tak, dia bermain-main dgn nasi tu, sekejap gaul, sekejap tolak ke tepi, sekejap tolak ke tengah sambil mata menonton TV. Kesian sgt2 tgk dia. Aku tahu dia nak makan cuma dia mmg tak lalu. Berulang kali dia berkata kpd dirinya sendiri, " Rice is good for me, I have to eat rice" dan juga " Do it for Ibu". Aduh, aku hampir menangis setelah mendengar dia berkata begitu. Entah kenapa kami diuji begini.
Setelah hampir 45 minit berjuang, dia cuma makan lebih kurang 7 sudu kecil sahaja. Setiap sudu tu hanyalah mempunyai 3 atau 4 butir nasi sahaja. Takpalah, sekurang-kurangnya dia dah mencuba. Aku akan pastikan aku akan sentiasa ada utk memberi sokongan padanya biar apapun terjadi. Aku juga tdk akan putus2 berdoa kepada Allah agar Wildan kesayanganku ini akan dapat betul2 berubah dan dapat menikmati makanan seperti insan2 yg lain. Amin.
No comments:
Post a Comment
What say you?