Sunday, June 27, 2010

Wafriyku sayang






Putera keduaku yg comel ini bernama Muhammad Zhariff Wafriy. Dah ada entry utk abangnya, mestilah ada utk adiknya pula. Zhariff bermaksud yg periang dan kelakar. Wafriy bermaksud rezekiku atau kekuasaanku. Kedua2 nama ini dipilih olehku melalui internet dan juga buku himpunan nama bayi yg aku dan suami beli.

Ketika dilahirkan, antara perkara pertama yg aku noticed ttg Wafriy ni ialah kulitnya yg putih spt suamiku dan juga keningnya yg sgt lebat. Ketika kawan2ku dtg melawatku dlm pantang, ramai yg menyangka aku meletakkan celak pada keningnya. Sehingga sekarang, keningnya yg lebat tu menjadi pujian dan perhatian ramai. Ikut siapa ya, ikut Ibu atau Abah?

Seperti nama dia, Wafriy mmg seorg anak yg sgt periang, byk akal dan cheeky. Dahulunya ketika bayi, mmg susah nak tgk dia tersenyum atau ketawa walaupun selepas diagah ttp sekrg dia lah yg paling byk membuatkan kami tersenyum dan ketawa dgn keletah dan telatahnya yg lucu dan comel.

Wafriy juga merupakan seorg anak yg sgt mengambil berat ttg diriku dan org di sekelilingnya. Dia juga mudah bersimpati dgn org lain dan sgt2 penyayang dan protective terhadap org yg disayanginya, terutama sekali diriku. Kalau aku memberitahunya " Ibu sakit lah Wafriy", dia akan cepat2 bertanya padaku, " Ibu sakit apa, kenapa Ibu sakit, siapa yg buat Ibu sakit?" Dan dia juga tdk keberatan utk mengurut dan memicitku setiap kali aku memintanya utk berbuat demikian. Pernah sekali dia melihat aku menangis ( aku pun tak ingat sebab apa aku menangis), dia juga turut menangis apabila melihat aku dalam kesedihan spt itu.

Sekrg ni dia mmg tgh gilakan Ultraman. Hampir setiap masa dia nak tgk DVD Ultraman, main dgn Ultraman dan juga pakai baju Ultraman. Bedtime story yg wajib aku ceritakan pada dia setiap malam ialah "dog and cat".Puas aku ubah versi cerita tu sampai dah takda idea dah mcm mana nak cerita, tp itulah yg dia nak dan suka.

Doaku buat Wafriy dan juga abangnya Wildan, semoga mereka membesar dgn sempurna dan berjaya dan bahagia di dlm kehidupan mereka dunia dan akhirat. Ibu tersangat sayang sangat-sangat kat Wafriy dan smg Wafriy terus menyinari hidup kita sekeluarga dgn telatah Wafriy yg comel dan kelakar itu.

No comments:

Post a Comment

What say you?