Alhamdulillah, akhirnya result penuh utk examku di USM utk semester kedua keluar pd petang tadi. Berbagai perasaan yg ada di dalam diriku:
1. Gembira- keputusanku agak cemerlang dan ada peningkatan dari semester lepas.
2. Bersyukur- syukurlah krn Allah masih mengasihiku dgn menganugerahiku kejayaan kecil yg
sgt bermakna ini. Syukurlah kerana segala pengorbananku, kerja keras dan air
mata yg aku tangiskan diam2 di dlm bilik air krn tidak mahu diketahui sesiapa
apabila aku terlalu letih, penat dan stress berbaloi juga.
3. Tak sangka- aku fikirkan resultku utk TESOL lebih cemerlang dari Research Methodology tp
yg sebaliknya berlaku. Hanya Allah sahaja yg maha mengetahui segalanya.
4. Terkejut- aku terkejut krn aku mendapat A utk Research Methodology sedangkan aku sedar
aku ada membuat satu kesilapan besar ketika menjawab salah satu soalan ketika
exam hari tu. Betapa besarnya rahmatmu ya Allah.
5. Kecewa- terus-terang, aku mmg agak kecewa. Sebabnya? Aku mengharapkan utk mendapat
A utk kedua2 subjek semester ini ttp aku hanya mendapat 1 A dan 1 A-. Aku
mengharapkan utk mendapat 4 flat kali ini ttp rezekiku setakat 3.84 sahaja.
Apapun, sekali lagi aku panjatkan kesyukuran pada Allah swt. Terima kasih ya Allah.Terima kasih juga kpd suamiku yg tercinta kerana sanggup berkorban masa dan tenaga utk memberi peluang padaku memburu impian ini. Sesungguhnya masih jauh perjalanan ini, masih banyak yg perlu aku lalui dan pastinya semester 3 nanti menjanjikan cabaran yg lebih hebat kerana selain dari 2 lagi subjek yg akan aku ambil, aku juga akan membuat thesis atau research paper secara serentak. Smg Allah tidak memalingkan rahmat dan pertolongannya dari aku. Dan semoga insan2 yg aku cintai dan sayangi akan terus berada di sisiku krn kasih sayang merekalah sumber kekuatanku selama ini.
No comments:
Post a Comment
What say you?