Anak-anak sedang asyik bermain lego di dalam bilik toys. Kesempatan ini aku gunakan utk online sekejap, layan FB sambil melihat gambar2 lama yg di upload oleh Fizin. Rajinnya dia, best juga kalau ada scanner ni kan. Sebenarnya ada banyak kerja yg masih belum aku buat. Rumah masih belum dikemas sepenuhnya, baju2 banyak yg belum dibasuh, baju kerja utk esok pun belum diseterika dan barang2 anak2 ke nursery dan tadika pun belum settle lagi. Entah kenapa malam ni aku takda mood nak buat semua tu lagi. Rasanya mungkin krn aku masih letih dan penat setelah melalui weekend yg agak padat.
Ni topik lain pula. Beberapa org kawanku memberitahu mereka suka membaca blog aku. Tak sangka ada juga yg menjadi silent readers blog aku yg tak seberapa ni. Paling kelakar bila sahabatku Encik Norfizin ( nama dia hampir sama dgn sahabat lamaku Hafidzin), si Ketua Unit Fizik turut memberitahuku yg dia telah membaca semua entry yg ada kat blog aku. Pesannya agar aku berhati-hati dan tidak terlalu mendedahkan maklumat yg boleh mengundang bahaya. Aku sempat bertanya kat Norfizin yg mmg expert dlm IT ni samada boleh ke blog ni disimpan dan kekal hingga bertahun2 nanti dan jawapannya ya. Kalau begitu, bolehlah aku jadikan blog ni sbg salah satu peninggalan atau harta pusaka utk anak2ku. Hehe, diaorg nak ke????
No comments:
Post a Comment
What say you?