Monday, June 21, 2010

Aktiviti di hujung minggu






Inilah aktiviti2ku sepanjang hujung minggu lepas. Aku mengambil cuti sehari pada hari Jumaat utk membantu menguruskan persiapan kenduri arwah yg kami adakan pada hari Sabtu ( 19 Jun 2010) di rumah bapa mertuaku. Diam tak diam, sudah 100 hari arwah Mak meninggalkan kami. Pada hari jumaat tersebut, aku bangun seawal 5 pagi utk mengemas rumahku dan memasak kerana kebetulan abangku, Ayish dan kakak iparku, Kak Eeja akan datang dari KL utk mengambil Emil. Aku masakkan lauk favourite Ayish, gulai ikan dan sambal tumis udang campur petai. Sebenarnya Ayish teringin nak makan gulai ikan plotan tp puas aku cari kat Kepala Batas dan Sg Petani tp tak jumpa.

Pada pukul 10.30 pagi aku bertolak ke rumah bapa mertuaku di Penang dan berada di sana sehingga pukul 8 malam. Dapatlah aku membantu sedikit sebanyak kerana kebanyakan kerja telah dilakukan oleh kakak iparku dan suaminya. Suamiku tidak dpt bersamaku krn dia ada byk urusan kerja di pejabat.Slps solat maghrib, aku bertolak semula ke Sg Petani dan keesokkan paginya bertolak semula ke Penang kerana kenduri arwah akan diadakan pada hari tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masakan kenduri sgtlah sedapnya hinggakan segala 'diet tanpa nasiku' punah sekelip mata. Hampir kesemua jemputan datang dan sekali lagi syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah. Pada petangnya aku bertolak pulang ke Sg Petani dan sempat meraikan birthday Ayish yg ke 38 tahun pada mlm tersebut.

Pada hari Ahad, kami sekeluarga keluar utk window shopping dan lunch di Tesco Extra, SP. Yang paling seronok tentulah 3 hero tu yg dapat mainan dan DVD setiap seorg.

Sememangnya hujung mingguku ini padat dgn pelbagai aktiviti yg melibatkan urusan keluarga. Walaupun sampai sekrg aku masih merasa letih dan penat, tetapi aku sgt2 seronok kerana dpt bersama dgn insan2 yg aku sayangi. Seawal pagi tadi Ayish, Kak Eeja dan Emil dah bertolak pulang ke KL. Sebak dan sedih di hatiku Tuhan saja yg tahu krn entah bila dapat bertemu lagi disebabkan kesibukan kerja dan hidup masing2.

No comments:

Post a Comment

What say you?