Thursday, June 17, 2010

MARAH!

Sepatutnya aku nak update entry ttg reunion SKSKI hari tu tp aku masih menunggu salah seorg sahabatku, Fakarul utk upload gambar2 yg kami ambil hari tu. Aku cuma sempat ambil 2 foto saja, slps tu camera phone tu jem pulak.

Apa yg aku nak cerita hari ni ttg kisah aku naik angin dalam kelas pagi tadi. Aku ni mmg susah nak marah sembarangan, apa pun jadi aku ttp control kemarahan aku. Tp pagi tadi, mmg aku sakit hati dan marah yg teramat sgt. Mungkin juga kebetulan aku sedang mengalami PMS. Aku dah lama perhati budak2 lelaki dlm kelas ni suka main2, tak tumpukan perhatian dan tak brp hormatkan pensyarah termasuklah aku. Pagi tadi aku mengajar utk MUET Speaking. Beriya-iya aku siapkan material yg sesuai, berkobar2 aku mengajar dan perturunkan segala ilmu dan tips yg ada. Ketika sedang mengajar tu, aku perhatikan beberapa org pelajar lelaki tdk menumpukan perhatian dan sedang membuat kerja lain. Ada pula seorg budak perempuan ni yg tak pernah buka mulut di dalam mahupun di luar kelas menunjukkan muka boring. Aku cuba memasang perangkap dgn bertanyakan satu soalan kpd salah seorg pelajar lelaki yg tdk memberikan perhatian td dan mmg ternyata dia tak boleh menjawab soalan yg aku berikan sedangkan aku baru menyebut mengenainya tak sampai 2 minit. Aku cuba bersabar dgn menasihatinya utk memberi lebih perhatian.

Tiba masa utk membuat speaking activity, aku cuba memberikan arahan spt yg telah aku terangkan di dalam pengajaranku sebentar tadi. Hampir keseluruhan kelas terpinga-pinga dan kelihatan tidak faham dgn apa yg patut mereka lakukan. Ketika ini aku mmg dah nak mendidih. Aku ulang sekali lagi arahanku dan ternyata mereka tidak dpt melakukan spt apa yg dikehendaki soalan krn mereka tidak menumpukan perhatian pada apa yg ku ajar tadi. Aku memang betul2 naik angin kerana masalah ini tdk kuhadapi dgn kelas lain. Aku tahu aku telah mengajar dgn jelas, cuma masalah utama pelajar kelas ini ialah mrk tdk menumpukan perhatian!
Kebetulan semua pelajar di dlm kelas ini adalah pelajar Melayu, jadi mereka tidak ada semangat utk bersaing. Aku dapat perhatikan kebanyakan pelajar di dalam kelas ini suka berangan-angan dan langsung tidak mempunyai semangat yg tinggi utk berjaya. Apa lagi, hampir setengah jam aku gunakan utk berleter hari ini dan aku tahu yg mereka tahu bahawa aku benar2 MARAH! Berulang kali aku memberitahu mereka, aku tidak marah mereka kerana mereka lemah tetapi aku marah kerana mereka tidak ada sikap yg betul utk mengatasi kelemahan mereka. Aku marah krn mereka akan mengecewakan ibu bapa mereka dan aku marah kerana mereka tidak sayangkan peluang yg telah diberikan pada mereka.

Entahlah, aku tahu pasti ada segelintir pelajar itu yg akan turut marah dgnku kerana menegur sikap mereka. Aku tidak kisah kerana tanggungjawabku ialah utk mendidik mereka, jadi aku akan jalankan tanggungjawab ini dgn sebaik-baiknya biar dgn apa cara sekalipun. Aku perlu sedarkan mereka sebelum terlewat. Apa yg aku lakukan ini ialah kerana aku sayangkan mereka dan ingin melihat kejayaan mereka suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

What say you?