Tuesday, June 22, 2010

Wildanku sayang






Muhammad Zharfan Wildan, anak sulungku yg bagiku sgt handsome dan manis. Zharfan bermaksud yg bijak dan pintar, manakala Wildan bermaksud bidadara syurga. Istimewanya nama Wildan ini ialah kerana aku dan suami sama2 meminati nama ini sebelum kami berkenalan lagi. Pada tahun 2001 (kalau tak salah aku), aku melawat seorg sahabatku yg baru melahirkan anak sulungnya dan bayi itu diberi nama Muhd Wildan. Pertama kali mendengar nama Wildan, aku terus tertarik dan sgt2 meminati nama itu. Ketika itu aku berkata di dlm hati, " kalau aku ada anak lelaki nanti, aku nak namakan dia Wildan". Tetapi dlm masa yg sama, aku terfikir bagaimana kalau bakal suamiku nanti tidak berkenan dgn nama ini krn nama ini mmg amat jarang didgr dan mmg tdk popular langsung.
Masa berlalu dan ketika kandunganku mencecah 6 bulan dan ketika aku dan suami mengetahui bahawa anak pertama kami ialah seorg lelaki, aku bertanya pada suamiku, apakah nama yg kami nak beri pd anak ini. Suamiku dgn tenang dan bersahaja memberitahu, " Abang suka dgn nama Wildan. Dulu semasa Abang mengajar kat Sg Ara, ada seorg student Abang yg nama mcm tu". Ketika itu, aku hampir pengsan kerana sgt2 terkejut dgn kebetulan ini. Mmg satu kebetulan yg tidak disangka dan amat mengejutkan. Maha besar kuasamu Ya Allah. Akhirnya kami sepakat memilih nama Wildan dan nama Zharfan itu dipilih oleh suamiku melalui buku himpunan nama yg kami beli.
Wildan ialah seorg anak yg sgt bijak, cerdik dan petah bercakap. Dia juga sudah agak fasih berbahasa Inggeris dan sgt menggemari Ultraman, Ben 10, Power Rangers dan juga Digimon. Tetapi satu masalah besar yg kami hadapi dalam membesarkan Wildan ialah dia TIDAK MAKAN NASI atau apa jua makanan melainkan susu, coklat, fries dan keropok spt Pringles dan Mr Potato. Kami dah pernah membawa dia berjumpa pakar dan juga bomoh ttp sehingga sekrg usaha kami masih belum berhasil. Aku mmg sgt risau dgn masalah ini kerana aku tidak mahu dia mengidap penyakit merbahaya spt diabetes atau buah pinggang disebabkan oleh corak pemakanannya sekrg. Pelbagai cara telah aku dan suami lakukan utk memujuk dia memakan nasi atau roti tetapi dia ttp tidak mahu. Jika dipaksa makan, dia akan muntah sehingga mukanya merah2. Itupun sudah cukup merobek hatiku sebagai seorg ibu. Entahlah, buat masa ini aku hanya boleh berdoa agar suatu hari nanti Wildan akan berubah dan dapat makan spt manusia biasa yg lain. Smg doaku sebagai seorg ibu ini akan dikabulkan Allah swt.
Untuk Wildan, Ibu terlalu sayang sangat-sangat kat Wildan. Smg Wildan membesar sebagai seorg anak yg sihat, bijak, baik budi pekerti dan menjadi insan berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.

No comments:

Post a Comment

What say you?