Larian KAKOM ni dibuat sebelum KAKOM ( Karnival Ko-kurikulum Matrikulasi) diadakan di Kolej Matrikulasi Johor pada pertengahan Julai ini. Dulu sebelum aku kahwin, aku mmg rajin join KAKOM ni sbg pengurus pertandingan kebudayaan dan pidato BI. Sekrg ni rasanya aku masih berminat cuma dah tak cukup kaki tangan nak handle benda2 mcm ni. Lagipun aku tak sanggup nak berjauhan dgn suami dan anak2ku, kecualilah kalau betul2 perlu.
So, pagi tadi aku, suami, mama dan anak2 memberi sokongan pada acara ini yg diadakan serentak di semua kolej matrikulasi seluruh negara. Ada senamrobik dan juga larian dan perarakan pelajar.





Balik dari kolej, kami ke Lagenda Heights utk lunch di RFC dan dalam masa yg sama suamiku pergi membuka jahitan benang di giginya ( kesan dental surgery 2 atau 3 minggu yg lepas) di dentist yg berhampiran. Semasa kat RFC ni, Wildan betul2 buat perangai apabila french fries yg disukainya tak ada. Betul2 menguji kesabaranku apabila dia menangis dan meraung di depan org ramai. Mungkin juga kerana ubat antibiotik yg dimakannya membuatkan dia moody terlebih hari ni. Puas memujuknya dan akhirnya kami berhenti sebentar di Tesco dan membelikan french fries KFC kepadanya.
Sebelum pulang ke rumah, aku dan husband singgah sebentar di Hospital Sg Petani utk melawat emak sahabat kami, Muniroh yg dimasukkan di hospital itu dan disahkan mengalami pendarahan di dlm otak. Nasib baiklah Mama ada bersama, dapatlah kami tinggalkan anak2 sebentar dgn Mama di dlm kereta. Setelah melawat kira2 30 minit, aku dan suami beredar dan ketika sampai di kereta, anak2ku sudah terlena di dlm kereta.
Begitulah aktiviti separuh hari sabtuku hari ini. Nak cerita aktiviti sampai ke mlm dah tak larat dah menaip, hehe. Tp yg paling aku seronok sbb dah dpt mengemas ketiga-tiga bilik di tingkat atas petang td. Esok bolehlah aku mengemas di tingkat bawah saja. Bila tiba time mengemas ni lah rasa menyesal beli rumah 2 tingkat. Takpalah, apapun aku tetap bersyukur seadanya.
No comments:
Post a Comment
What say you?