Sunday, June 6, 2010
Cerita di petang Ahad
Dah 2-3 hari dok try pelbagai background utk blog yg tak seberapa ni. Dah mcm2 style aku try tp tak berkenan sepenuh hati. Ada yg terang sgt, ada yg flashy sgt, ada yg gelap sgt, yg aku pilih ni pun taklah aku berkenan 100%. Tunggulah, bila aku ada masa aku cari lg. Seronok tgk blog Fizin yg cantik dan semakin trendy. Aku mmg tak mampulah nak buat mcm tu sbb tak cukup masa nak duduk dpn laptop lama2 utk update blog. Selalunya kalau hari bekerja mmg aku susah sikit nak update blog, buka facebook pun kejap aje sewaktu lunch hour. Itupun beberapa minit saja sbb aku perlu makan dan juga solat zohor dlm lunch hour yg sgt terhad tu ( 1 jam bermula dari pukul 1-2).
Sewaktu aku sdg berblog ni, ketiga2 hero tu sedang bermain di bilik toys. Nama pun boys, mmg tak sahlah kalau tak main lawan2, kejar-mengejar, panjat-memanjat dan sebagainya. Sekejap mrk bergurau, sekejap mrk bermain, sekejap mrk bergaduh, sekejap mrk merajuk, sekejap mrk menangis dan sekejap lagi mrk berbaik semula dan berulang lg lah kitaran yg sama. Pagi tadi mrk tgk DVD dan kemudian terus bermain sehinggalah sekrg. Kelakar sungguh sbb mrk langsung tak penat atau letih. Bila aku suruh tidur, serentak mrk menjawab 'tak mauuuuuuuu". Apapun, aku harap abang dan kakak ipar aku tak risau ttg Emil sbb npk dia ok dan happy setakat ni.
Husbandku pula baru keluar ke INTAN Sg Petani bg menghadiri kursus Audit ISO selama 4 hari bermula dari petang ni. Nasib baik INTAN tu jaraknya dekat saja dgn rumahku, so husbandku akan berulang-alik dari rumah ke INTAN setiap hari. Lega sebab tak perlu berjauhan dgn dia. Semlm husbandku telah berjaya mencuri perhatian jiran tetangga setelah dia berkaraoke dgn hebatnya kat rumah jiranku yg mengadakan kenduri kahwin anak sulungnya. Asalnya husbandku pergi utk tolong kemas kerusi dan meja setelah selesai kenduri tu, tiba2 dia terus dipelawa utk join karaoke. Husbandku memilih utk menyanyikan lagu Flybaits " Mengapa perpisahan yg kau pinta". Menurut husbandku, semua org bertepuk tgn dan memuji suara dia, malah ada yg samakan suara husbandku dgn Jay Jay. Memang tak dinafikan husbandku ini pandai menyanyi. Dulu sebelum kami kahwin dan menghadiri aktiviti Team Building unit BI kat Pedu Lake, setiap malam dia dan beberapa sahabatku berkaraoke pada sebelah malam. Semua org akan berkumpul di bilik karaoke tu semata-mata utk mendengar suara dia yg bagiku ala2 Ameng Spring tu. Ketika itu terdetik di hatiku, "untungnya sesiapa yg menjadi isteri dia sbb mesti dia akan selalu menyanyi utk isteri dia ". Ketika itu hubungan kami hanyalah kawan biasa. Sekrg bila aku menjadi isteri dia, sekali pun dia tak pernah menyanyikan utkku. Hehe.
Oklah, aku nak turun ke bawah sbb hero bertiga tu dah turun ke bawah. Dgr mcm mereka tgh menyanyi dgn Dadi mrk yg sememangnya rajin melayan cucu2 tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
What say you?